Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hujan lebat, ribut petir di Kuala Lumpur, enam negeri sehingga 3 petang
  • NASIONAL

Hujan lebat, ribut petir di Kuala Lumpur, enam negeri sehingga 3 petang

Utusan Sarawak 4 days ago
FOTO Facebook MetMalaysia.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 3.00 petang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 1.00 tengah hari tadi, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka menjejaskan Bentong di Pahang, selain beberapa kawasan di Selangor (Klang, Gombak dan Petaling) serta Kuala Lumpur.

Keadaan sama diramal melanda Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sabah, kawasan pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) turut dijangka mengalami keadaan cuaca serupa.

Sementara itu di Sarawak, kawasan terjejas ialah Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

-BERNAMA

 

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: BUDI95: Rakyat Malaysia layak terima siling kelayakan hingga 300 liter sebulan – MOF
Next: Budi95: JPJ bagi masa perbaharui lesen, tambah waktu operasi kaunter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.