Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak sasar juara keseluruhan BGK 2025 – Dr Ripin
  • SUKAN

Sarawak sasar juara keseluruhan BGK 2025 – Dr Ripin

Utusan Sarawak 1 week ago
RAKAMAN gambar kenangan bersama kontijen Sarawak di Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sarawak di Perkampungan Sukan Sarawak (SSV). Foto UKAS

KUCHING: Kontinjen Sarawak meletakkan sasaran tinggi untuk muncul sebagai juara keseluruhan pada Sukan Borneo Kuching (BGK) 2025 yang bakal membuka tirai pada 24 September ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang juga Ketua Kontinjen, Datuk Dr Ripin Lamat, menegaskan keyakinan itu hadir bersama peringatan agar atlet tidak memandang ringan cabaran pasukan lawan.

“Kita memang menyasarkan juara keseluruhan. Jumlah pingat masih diperincikan, namun saya yakin kita mampu mencapainya. 

“Bagaimanapun, kontinjen tidak boleh mengambil mudah cabaran daripada Sabah, Kalimantan Timur, Labuan dan Brunei,” katanya.

MAJLIS Penyerahan Bendera Kontinjen Sarawak di Perkampungan Sukan Sarawak (SSV). Foto UKAS
 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sarawak di Perkampungan Sukan Sarawak (SSV), di sini pagi tadi.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Khairul Nizam Morshidi, memaklumkan semua acara sukan tetap dipertandingkan selepas penyertaan mencukupi diterima daripada negeri dan wilayah yang mengambil bahagian.

“Selepas pendaftaran delegasi pada Sabtu lalu, Kalimantan Timur telah mengesahkan penyertaan. Maka, kesemua acara akan diteruskan seperti dirancang,” jelasnya.

BGK 2025 bakal dirasmikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, sekali gus menjadi wadah memperkukuh semangat kesukanan dan perpaduan rakyat Borneo.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Arteta kecewa keputusan seri, Arsenal kini lima mata di belakang Liverpool
Next: Kontinjen Brunei tiba di Kuching, sertai Borneo Games 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.