
KUCHING: Bagi penyanyi generasi baharu Orang Ulu, Elizabeth Bungan, album mini Puduu’ Anaak bukan sekadar rakaman muzik, tetapi satu perjalanan jiwa menghidupkan semula dodoi lama yang hampir dilupakan.
Melalui suaranya, beliau menzahirkan kasih sayang seorang ibu yang mendodoi anaknya, seolah mengikat kembali memori generasi terdahulu dengan generasi hari ini.
Elizabeth yang juga Pengarah Urusan Bungan Creative berkata, penglibatannya dalam projek ini lahir daripada keinginan melihat muzik etnik Sarawak, khususnya Orang Ulu, terus berkembang dengan wajah baharu tanpa mengorbankan identiti asalnya.
Lagu baharu One Journey pula menjadi simbol langkah generasi muda untuk menghargai keindahan budaya melalui muzik.
Dua video muzik rasmi, Puduu’ Anaak dan One Journey, turut dilancarkan hari ini di saluran YouTube Elizabeth Bungan, sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan karya itu kepada khalayak lebih luas.
Oleh Adele Rissa