Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi SAR hari ketujuh, mangsa dibaham buaya di Lubok Punggor belum ditemui
  • Selatan
  • WILAYAH

Operasi SAR hari ketujuh, mangsa dibaham buaya di Lubok Punggor belum ditemui

Utusan Sarawak 4 days ago
OPERASI SAR yang memasuki hari ketujuh masih menemui jalan buntu.

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki dipercayai dibaham buaya ketika menjala udang di Sungai Lubok Punggor, Simunjan pada 15 September lalu masih belum ditemui selepas tujuh hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Mangsa, Ahmad Alzadkhri Sudin, 32 tahun, dilaporkan hilang selepas kejadian berlaku sekitar 4.00 petang ketika beliau keluar bersama ahli keluarganya menggunakan sebuah perahu. Usaha awal orang kampung untuk mengesan mangsa tidak berhasil sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi SAR hari ketujuh hari ini melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dan BBP Simunjan yang dikerahkan seawall 8.15 pagi.

“Pasukan pertama dari BBP Simunjan dengan tiga anggota menjalankan pencarian sepanjang lapan kilometer di pesisir Sungai Gedung dari 10.20 pagi hingga 12.20 tengah hari. Pasukan kedua dari BBP Kota Samarahan pula meneruskan pencarian radius tiga kilometer pada 1.00 petang hingga 4.30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, satu unit dron milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut digunakan dalam operasi berkenaan yang diketuai oleh Inspektor Azron bersama dua pegawai.

Operasi SAR yang melibatkan tujuh anggota bomba, lapan anggota PDRM, tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dua pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) ditangguhkan pada 5.00 petang dan akan disambung esok.

Menurut kenyataan itu, operasi hari kelapan dijangka menjadi yang terakhir sebelum ditutup atas persetujuan semua agensi terlibat

Setakat ini, mangsa masih gagal ditemui.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Pesta Benak terus angkat Simanggang sebagai destinasi pelancongan ikonik
Next: Konvoi Kembara 169 galakkan keselamatan dan perpaduan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.