Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Benak terus angkat Simanggang sebagai destinasi pelancongan ikonik
  • Tengah
  • WILAYAH

Pesta Benak terus angkat Simanggang sebagai destinasi pelancongan ikonik

Utusan Sarawak 5 days ago
MAJLIS Penangguhan Pesta Benak 2025 telah diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Penganjuran Pesta Benak yang kini memasuki edisi ke-22 sejak diperkenalkan pada 1999 terus mengangkat Bandar Simanggang sebagai salah satu destinasi pelancongan dan lokasi acara ikonik di Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, pesta yang berlangsung dengan penuh meriah saban tahun itu telah menjadi acara kebanggaan negeri ini.

“Penganjuran Pesta Benak 2025 berjaya dianjurkan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Kejayaan ini membuktikan impak besar acara ini dalam mengangkat Simanggang sebagai destinasi pelancongan berprestij,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Penangguhan Pesta Benak 2025 di Pentas Utama Tebingan Sri Aman, hari ini.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam ucapannya, Sebastian turut merakamkan penghargaan kepada seluruh agensi kerajaan, pihak media, pemimpin masyarakat serta rakan strategik seperti Yayasan Perpaduan Sarawak, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak serta Kaizen Quality Sdn Bhd yang bersama-sama menjayakan penganjuran kali ini.

“Kerjasama erat antara agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan pertubuhan jelas mencerminkan semangat perpaduan berbilang kaum yang perlu terus diperkukuhkan demi kemajuan negeri,” ujarnya.

Bagi edisi kali ini, sebanyak 10 program utama disusun termasuk Larian Benak, Regata Benak Batang Lupar, Miss Tourism Benak 2025, Festival Gendang Sarawak, pameran pembangunan serta program ATM Bersama Komuniti Benak. Bazaar Ria Benak dan pentas kebudayaan turut menjadi tarikan tambahan kepada pengunjung.

Turut hadir pada majlis penangguhan ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli, ADUN Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, serta tetamu kenamaan lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kuih bulan dan lei cha erat perpaduan, promosi gaya hidup sihat
Next: Operasi SAR hari ketujuh, mangsa dibaham buaya di Lubok Punggor belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.