Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Prof Dr Tunza raih anugerah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan
  • PENDIDIKAN

Prof Dr Tunza raih anugerah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan

Utusan Sarawak 1 week ago
TAHNIAH… Tunza (kanan) menerima anugerah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan beliau.

SIBU: Keprihatinan dan komitmen terhadap pembangunan masyarakat mengangkat Prof Dr Tunza Mohd Riduan menerima penganugerahan Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan daripada Wilmington Metropolitan University, Pleasanton, California, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pengiktirafan itu turut diraikan tiga pertubuhan tempat beliau berkhidmat sebagai penasihat, iaitu Kelab Sukan Dart Saratok (KSDS), Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Salim Sibu, serta Persatuan Penganut Da Wang Gong Salim Sibu.

Menurut satu kenyataan media, ketiga-tiga pertubuhan tersebut menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau atas penganugerahan berprestij itu, yang disifatkan sebagai bukti dedikasi beliau dalam bidang sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Tunza dalam reaksinya menegaskan kepimpinan berkesan bukan sahaja membimbing masyarakat, malah memperkukuh daya saing ekonomi melalui semangat keusahawanan.

“Motivasi adalah pemangkin utama agar masyarakat tidak mudah berputus asa dalam mengharungi cabaran. Sebaliknya, mereka perlu yakin dengan kemampuan diri dan terus melangkah ke hadapan.

“Sebab itu saya menitikberatkan keadilan sosial dan kerja kemanusiaan, sama ada melalui aktivisme, khidmat masyarakat atau program kebajikan yang memberi manfaat kepada golongan memerlukan,” katanya.

Pengiktirafan tersebut menjadikan Tunza bukan sahaja figura akademik, malah tokoh masyarakat yang terus komited memperkukuh pembangunan komuniti. Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: PTPTN salur RM41.5 juta wang pendahuluan pinjaman, bantu 27,674 pelajar
Next: i-CATS dan METU Turkiye perkukuh kerjasama dalam sains dan teknologi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.