
BINTANGOR: Wanita warga emas dari Sungai Mador telah menerima sumbangan katil pesakit boleh laras dari Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.
Jurucakap Pusat Khidmat Parlimen Sarikei berkata, sumbangan tersebut telah diserahkan kepada penerima, baru-baru ini.
“Penerima sumbangan katil pesakit boleh laras ialah Lidik Baling, berumur 71 tahun.
“Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei diwakili Wong Soon Mee menyumbangkan katil pesakit boleh laras selepas mengetahui keadaan pesakit.
“Lidik terlantar sakit di rumah dan memerlukan penjagaan rapi keluarganya,” kata jurucakap ketika dihubungi media, hari ini.
Tambahnya, ahli keluarga Lidik berterima kasih kepada Tiong Sii diatas keprihatinan membantu mengurangkan beban mereka.
Oleh Earl Anek