Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ibu bapa digalak hantar anak autistik sertai program ILKBS – Hannah Yeoh
  • NASIONAL

Ibu bapa digalak hantar anak autistik sertai program ILKBS – Hannah Yeoh

Utusan Sarawak 7 days ago

MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yoeh (tiga kanan) beramah mesra dengan penerima Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) kepada Ammar Arsyad Mohd Bakri (dua kiri) dan Graduan Terbaik pada Istiadat Konvokesyen ke-20 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan di Bangi Avenue hari ini. Turut kelihatan Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Dalila Sharingat (kanan). Foto BERNAMA

BANGI: Ibu bapa digalakkan menghantar anak-anak mereka yang berkeperluan khas, khususnya golongan belia autistik mengikuti kursus kemahiran yang disediakan oleh Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). 

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata langkah itu bagi memastikan golongan berkenaan mendapat peluang latihan dan kemahiran yang dapat membantu mereka berdikari dan menyumbang kepada masyarakat.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah), bergambar bersama graduan autisme pada Istiadat Konvokesyen ke-20 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan di Bangi Avenue hari ini. Turut kelihatan, Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Dalila Sharingat (kanan). Foto BERNAMA

“Saya lihat kita ada ramai belia yang telah dilatih setiap tahun dan saya percaya dengan kursus yang percuma ini, ibu bapa sepatutnya mengambil peluang ini untuk hantar anak-anak mereka ke ILKBS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvokesyen ILKBS ke-20 di sini hari ini.

Difahamkan, sejak pengenalan kursus khas untuk belia autistik pada 2018, sebanyak 343 graduan telah berjaya menamatkan latihan mereka dan sebanyak 48 orang lagi menerima sijil mereka hari ini.

MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yoeh (tiga kiri) menyampaikan sijil dan anugerah kepada pelajar Autism yang belajar di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) pada Istiadat Konvokesyen ke-20 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan di Bangi Avenue hari ini. Turut kelihatan Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Dalila Sharingat (dua kiri). Foto BERNAMA

Kata Hannah, ILKBS bukan sahaja melatih golongan belia untuk mendapat kemahiran, malah ramai alumni telah menjadi usahawan berjaya dan menyumbang kembali kepada institut dengan mengambil pelatih baharu bekerja serta memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran. 

“Setiap tahun, kami jejaki mereka, jadi kita ada ramai alumni yang telah pun menjadi usahawan. Dan mereka telah mengambil junior bekerja dengan syarikat mereka … mereka juga datang semula ke ILKBS serta memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk,” katanya.

MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yoeh (tiga kiri) menyampaikan Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) kepada Ammar Arsyad Mohd Bakri (tiga kanan) pada Istiadat Konvokesyen ke-20 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan di Bangi Avenue hari ini. Turut kelihatan Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Dalila Sharingat (kiri). Foto BERNAMA

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Hannah berkata kadar kebolehpasaran lepasan ILKBS kini mencecah 97 peratus dan angka itu jauh mengatasi sasaran asal serta memberikan keyakinan bahawa laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ialah jalan yang sahih untuk masa depan belia Malaysia.

“Malah, KBS melalui ILKBS bukan pemain kecil dalam landskap TVET negara. KBS adalah antara peneraju utama pendidikan TVET dan kini menganggotai Majlis TVET Negara, memastikan suara belia didengari dalam hala tuju dasar kemahiran negara.

MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yoeh (kiri) menyampaikan Anugerah Graduan Terbaik kepada Muhammad Zaeim Mohd Nazri (kanan) pada Istiadat Konvokesyen ke-20 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan di Bangi Avenue hari ini. Foto BERNAMA

“Yang lebih membanggakan, ILKBS juga komited untuk menjadi juara dalam menyediakan peluang latihan khas buat belia autistik menerusi pelaksanaan Program Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas di beberapa buah ILKBS terpilih,” katanya.

Sejumlah 3,240 graduan ILKBS akan menerima sijil sebagai pengiktirafan bagi peringkat Diploma Lanjutan, Diploma, Sijil Lanjutan dan Sijil bagi sesi di Semenanjung Malaysia manakala di Sabah, sebanyak 171 orang akan menerima sijil pelbagai peringkat pengajian pada 27 September serta 97 orang di Sarawak, 4 Oktober ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak semakin berkurangan pagi ini
Next: MOT sediakan RM3.5 juta untuk LINDUNG Kendiri, guna hasil jualan bidaan NPI – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.