Bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka menyifatkan peminat di gelanggang merupakan elemen penting dari pengalamannya ketika bermain dalam kejohanan tenis antarabangsa.
“Saya rasa mereka mencipta tenaga,” kata Azarenka Sabtu, setelah mengalahkan Donna Vekic 6-2, 6-3 dalam pertandingan pembukaan kempen Terbuka Amerika Syarikat (AS) di gelanggang kosong tanpa penonton di Pusat Tenis Nasional di Flushing Meadows .
“Momen-momen ajaib seperti itu selalu terjadi ketika ada orang ramai, dan itu dapat berayun setiap arah,” kata Azarenka. “Saya suka tenaga itu seperti memberi satu semangat kepada anada.”
“Kadang-kadang anda mempunyai seluruh stadium menentang anda dan anda juga tidak menyukai itu.”
Bagaimanapun, setiap pemain harus menyesuaikan diri ketika tenis kembali di tengah pandemik Covid-19 yang menangguhkan sukan itu pada Mac.
“Tidak ada suasana, jadi itu jelas sedikit rumit,” kata bekas pemain nombor satu lelaki, Andy Murray selepas kemenangan pusingan pertama ke atas pemain Amerika, Frances Tiafoe.
“Saya tahu ini agak klise, tetapi anda perlu membuat sedikit suasana sendiri di gelanggang. Cukup tidak sama.”
Murray mengatakan bahawa lebih penting lagi dalam keadaan yang meletihkan dan susasana yang agak lembab.
“Orang ramai yang berada di sana mungkin membantu anda memberi tumpuan sedikit l dan kadang-kadang memberi anda sedikit tambahan dari segi tenaga anda atau apa sahaja termasuk tumpuan anda. Ia pasti berbeza dalam hal itu.
“Saya fikir saya melakukannya dengan cukup baik. Pada awal set ketiga, saya melakukan usaha besar untuk memberikan tenaga sebanyak mungkin di gelanggang,” tambah Murray. “pertama sentiasa berusaha untu menjadi positif. Itu sedikit sebanyak membantu.”
Pemain ATP kembali beraksi minggu ini untuk pertama kalinya sejak permainan dihentikan pada bulan Mac.
WTA disambung semula awal bulan ini dengan kejohanan di Prague dan Lexington, Kentucky, baik yang menampilkan gelangan terbesar di pusat tenis yang mana Terbuka AS akan bermula pada 31 Ogos ini.
Gelanggang terbesar di pusat itu, stadium Arthur Ashe dan Louis Armstrong, tidak digunakan minggu ini, dan Azarenka berharap Persatuan Tenis AS tidak akan berusaha mengisi kejohanan itu dengan peminat maya ketika kejohanan bermula.
“Saya harap mereka tidak meletakkan orang palsu, kerana itu akan menjadi sangat aneh,” katanya.
“Bagi saya ini kelihatan menyeramkan” katanya mengenai “peminat maya” yang dipaparkan secara elektronik pada permainan NBA dalam gelembung kuanrantin ketika perlawanan itu di Orlando, Florida.
Walaupun tanpa penonton, Murray berkata menguasai gelanggang dalam jelajah merupakan langkah besar dalam perlawanan pameran “Battle of the Brits” yang disertainya padaJun.
“Ini adalah beberapa acara besar yang kami sertai dalam jelajah menentang pemain terbaik di dunia,” katanya.
“Mereka mencatat rekod anda. Konsentrasi saya dan semuanya jauh lebih baik pada kejohanan seperti ini.” -AFP