Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Manfaat AI dalam media sosial, elak risiko penyalahgunaan – wartawan
  • TEMPATAN

Manfaat AI dalam media sosial, elak risiko penyalahgunaan – wartawan

Utusan Sarawak 9 hours ago

Kadir ketika menyampaikan ceramah dan berinteraksi bersama peserta di Hotel Samudra malam tadi.

KUCHING: Walaupun kecerdasan buatan (AI) memberi pelbagai kebaikan dalam kehidupan seharian, penggunaannya yang tidak terkawal boleh mendatangkan risiko besar kepada masyarakat.

Penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak, Kadir Dikoh berkata awal tahun ini, Perdana Menteri Thailand ketika itu, Paetongtarn Shinawatra hampir menjadi mangsa ‘scammer’

“Berdasarkan laporan agensi berita asing, Paetongtarn sendiri mendedahkan beliau menjadi sasaran scammer menggunakan AI untuk meniru suara salah seorang pemimpin Asia kononnya untuk meminta sumbangan wang,” katanya.

“Untuk jadi seorang wartawan, perlu rajin membaca dan membuat penyelidikan isu yang ingin dipaparkan,” – kata Kadir Dikoh.

Beliau berkata demikian ketika sesi perkongsian bertajuk ‘Media cetak, media sosial dan tanggungjawab’ pada Program Membina Belia Pencetus Perubahan dan Revolusi Minda anjuran Utusan Sarawak di Hotel Samudra, di sini, malam tadi.

Antara pengisian menarik termasuk slot Suara Belia Suara Perubahan oleh Dr. Noratikah Mohamad Ashari, Mengenal Potensi Diri oleh Dr. Shantrol Abdullah, serta perbincangan mengenai peranan belia dalam politik oleh Dr. Lucy Sebli.

Peserta dari SMK Matu, SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro, SMK Semop, SMK Padungan serta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Kadir berkata dengan perkembangan teknologi seperti TikTok, Facebook, Istagram, kini muncul ramai ‘wartawan jadian’ membuat laporan dan pemberitaan.

Katanya, beza antara wartawan terlatih dan wartawan jadian ialah wartawan terlatih dipacu oleh etika kewartawanan sebenar, mengelak siaran berita tidah sahih.

“Wartawan menggunakan formula 5W + 1H iaitu What (apa), Who (siapa), When (Bila), Where (Dimana), Why (mengapa) dan How (Bagaimana).

“Ini panduan apabila melaporkan sesuatu berita. Begitu juga orang ramai yang ini ‘post’ sesuatu ‘content’ (kandungan) dalam media sosial, boleh guna formula ini.

“Jangan sesekali memuatkan ‘content’ berita tak sihat, jika tidak anda boleh dituduh memfitnah,” katanya.

Antara peserta kalangan belia bawah umur 30 tahun.

Beliau menambah, cabaran utama masa kini ialah memastikan literasi digital dalam kalangan masyarakat terus diperkukuhkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan kandungan palsu yang dihasilkan oleh AI.

“Ramai yang masih teruja dengan teknologi ini tanpa menyedari implikasinya. Oleh itu, kita mesti didik masyarakat supaya lebih kritikal dalam menilai apa yang mereka lihat dan dengar di media sosial,” jelasnya.

Kadir turut menekankan bahawa golongan belia merupakan kelompok paling terdedah kerana mereka banyak menghabiskan masa di media sosial dan pantas menerima kandungan digital tanpa membuat semakan lanjut.

“Belia perlu jadi barisan hadapan dalam membanteras penyalahgunaan AI, dengan membina kesedaran serta kemahiran menilai maklumat. Kalau mereka mudah terpedaya, maka risiko penyebaran berita palsu akan lebih besar,” kata Kadir.

Program dua hari anjuran Utusan Sarawak itu menghimpunkan seramai 42 pelajar dari SMK Matu, SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Daro, SMK Semop, SMK Padungan serta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Semangat ‘goncang dunia ’diterapkan dalam kalangan belia Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.