Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Keutamaan adab dalam perjalanan menuntut ilmu
  • RENCANA

Keutamaan adab dalam perjalanan menuntut ilmu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BAGI warga kota yang saban hari terperangkap dalam hiruk-pikuk kesibukan, menikmati secangkir kopi di bawah rimbunan pokok sambil menghadap Bukit Tabur dan aliran tenang Sungai Klang, ibarat satu bentuk terapi jiwa atau “healing” yang jarang ditemukan di tengah bandar. Itulah pengalaman yang ditawarkan di sebuah kafe berkonsep desa yang terletak di Taman Melawati, di sini yang menjadi lokasi tersembunyi dan membawa pengunjung seolah-olah pulang ke kampung halaman walaupun masih berada di ibu kota. Melangkah ke kawasan seluas dua hektar di Putri D’Rimba dan Kopi & Keju, pengunjung disambut kelibat ayam kampung berkeliaran bebas, bunyi unggas bersahutan dan aroma dedaunan lembap yang menyegarkan, mencipta suasana kampung yang semakin jarang dirasai. Foto BERNAMA

MANUSIA adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang unik dan hebat. Bahkan, penciptaan manusia berbeza dengan makhluk-Nya yang lain kerana dikuniakan akal fikiran.

Betepatan dengan firman-Nya di dalam surah at-Tin ayat 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”

Orang yang memiliki ilmu itu kedudukannya amat mulia di sisi Allah SWT dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Malahan keistimewaan orang yang berilmu itu dinyatakan Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah, nescaya Allah SWT akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman antaramu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (surah al-Mujadalah ayat 11)

Akan tetapi, ada perkara penting yang perlu dipelajari sebelum menuntut ilmu iaitu adab.

Para ulama’ telah memberi pesanan mengenai pentingnya mempelajari adab dalam kehidupan.

Sepertimana Imam Maliki pernah berkata kepada seorang pemuda Quraisy: “Pelajarilah adab sebelum mempelajari ilmu.” 

Sehubungan itu, ilmu dan adab tidak boleh dipisahkan. Ianya saling lengkap dan melengkapi satu sama lain.

Semakin tinggi ilmu seseorang itu, maka semakin tinggilah adab dan akhlaknya kepada orang lain.

Adab yang disulami ilmu, akan membentuk peribadi yang hebat dan menjadi contoh teladan kepada orang disekelilingnya.

Dalam sebuah hadis daripada Ali bin Abi Thalib RA berkenaan doa Nabi SAW berkaitan akhlak yang mulia yang maksudnya: “Ya Allah, berikan hidayah kepadaku berupa akhlak yang baik, tidak ada yang dapat menunjukinya kecuali Engkau. Dan jauhkanlah daripadaku akhlak yang buruk, tidak ada yang dapat menjauhkannya melainkan Engkau.”

KEPENTINGAN ADAB

Pada masa kini, kita dapat melihat hilangnya adab dan akhlak yang tidak lagi menjadi pakaian serta perhiasan hidup seorang mukmin.

Dalam pandangan Islam, adab merupakan perkara yang penting. Bahkan ia merupakan salah satu inti daripada ajaran Islam.

Lantaran itu, Allah SWT mengutuskan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan terbaik bagi umat Islam.

Sebagimana sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” (riwayat Ahmad)

Oleh yang demikian, adab dan akhlak ditekankan dalam segenap aspek kehidupan meliputi muamalah sesama manusia.

Bahkan, adab terhadap ibu bapa dijelaskan Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seorang daripadanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu serta doakanlah (untuk mereka dengan berkta): ‘Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (al-Isra ayat 23-24)

Peribadi mulia Said Bin Zaid

SAID bin Zaid terkenal memiliki sifat yang tawaduk dan merendah diri. Sifat ini telah wujud dalam dirinya ketika di zaman jahiliyah lagi.

Namun begitu, setelah memeluk Islam, sikap tawaduk dan merendah dirinya ini menjadi lebih hebat lagi setelah beliau mendapat didikan langsung dari Rasulullah SAW.

Beliau akur dengan kehebatan peribadi Rasulullah SAW.

Walaupun Said bin Zaid memiliki banyak sifat-sifat mahmudah, namun beliau tetap tidak dapat menandingi kehebatan akhlak Rasulullah SAW dan semua manusia sememangnya tidak dapat menandingi kehebatan akhlak Rasulullah SAW. 

Dari Saad bin Hisyam bin Amir, beliau berkata, “Aku mendatangi Aisyah lalu aku bertanya, “Wahai Ummul Mukminin! Beritahulah kepadaku mengenai akhlak Rasulullah SAW “. Aisyah menjawab, “Akhlak baginda adalah Al-Quran, bukankah engkau telah membaca Al-Quran pada firman Allah Azza Wa Jalla, Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang agung.” (Riwayat Ahmad)

Abu Abdullah Al Jadali meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Aisyah, “Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya?”. Aisyah menjawab, “Baginda adalah orang yang paling baik akhlaknya, tidak pernah berbuat keji, tidak pula berkata dengan kata-kata yang kotor, tidak berteriak-teriak di pasar dan tidak pernah membalas dengan kejahatan serupa. Akan tetapi baginda pemaaf dan pengampun” (Riwayat Ahmad)

Salah seorang isteri Rasulullah SAW pernah berwasiat agar sekiranya dia meninggal dunia, maka dia mahu Said bin Zaid yang mengimamkan solat jenazahnya.

Imam Al Baihaqi dan beberapa orang lagi perawi yang lain telah meriwayatkan dari Muharib bin Dithar bahawasanya Ummul Mukminin Maimunah telah mewasiatkan agar Said bin Zaid yang mengimamkan solat jenazahnya nanti.

Begitulah istimewanya kedudukan Said bin Zaid di sisi isteri Rasulullah SAW Oleh kerana kelebihan dan kewarakan yang ada pada Said bin Zaid, maka Ummul Mukminin Maimunah membuat wasiat sedemikian.

Said bin Zaid juga sering mendahului sahabat-sahabat lain dalam melakukan ibadah dan amal kebajikan.

Ibnu Abbas pernah berkata bahawa pada suatu hari Jumaat, beliau bergegas pergi ke Masjid Nabawi untuk datang awal bagi mengerjakan solat Jumaat.

Namun setibanya beliau di masjid, beliau mendapati bahawa Said bin Zaid telah mendahuluinya.

Beliau melihat Said bin Zaid duduk berhampiran dengan mimbar masjid, maka Ibnu Abbas pun datang dan duduk di sebelah Said bin Zaid sehingga lutut mereka bersentuh antara satu sama lain.

Sementara menunggu khutbah dari Amirul Mukminin Saidina Umar bin Al Khattab, mereka pun mengisi masa mereka dengan berzikir kepada Allah SWT.

Oleh Hanzalah Azman

Continue Reading

Previous: Belajar dari persekitaran
Next: Cik Ning kreatif hasilkan hampir 100 jenis produk berasaskan batik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.