Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bicara Ummah Darul Hana 2025 tingkat penghayatan Islam, perpaduan ummah di Sarawak
  • SEMASA

Bicara Ummah Darul Hana 2025 tingkat penghayatan Islam, perpaduan ummah di Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Dr Hazland Abang Hipni mewakili Premier Sarawak hadir pada Program Bicara Ummah Darul Hana 2025 di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Bicara Ummah Darul Hana 2025 sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 1447H/2025M dan ulang tahun ke-70 Majlis Islam Sarawak (MIS) di Masjid Jamek Negeri Sarawak hari ini menjadi platform memperkukuh kefahaman Islam bertemakan Ummah Maju Makmur.

Majlis tersebut dihadiri Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Ketua Hakim Syarie Datu Awang Suhaili Ledi.

Program ini bertujuan meningkatkan penghayatan ajaran Islam, menyantuni isu-isu semasa umat dan memperkukuh perpaduan melalui kekuatan akidah, syariah serta akhlak.

Penganjuran Bicara Ummah Darul Hana juga dilaksanakan bagi memenuhi hasrat isteri kepada Premier Sarawak, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang sebelum ini tidak sempat direalisasikan.

MODERATOR serta para panelis Program Bicara Ummah Darul Hana 2025 di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Kuching hari ini. Foto UKAS

Sesi tersebut dimoderatorkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Darul Hana Quranic Centre-MIS Shahudddin Marzuki dengan menampilkan tiga panelis utama iaitu Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim serta Penceramah Bertauliah, Dr. Robiah H. Hamzah dari RKH Motivation and Services.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yaasin, tahlil dan doa arwah, sebelum diteruskan dengan sesi bicara serta diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lo Khere Chiang refutes Tengku Razaleigh’s claim on Petroleum Development Act

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.