Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Kes Zara Qairina: ‘MA’ bermaksud Mesyuarat Asrama – Ketua Warden
  • MAHKAMAH

Kes Zara Qairina: ‘MA’ bermaksud Mesyuarat Asrama – Ketua Warden

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Warden Asrama SMK Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa istilah ‘MA’ yang digunakan pelajar merujuk kepada “Mesyuarat Asrama”.

KOTA KINABALU: Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa istilah ‘MA’ yang digunakan pelajar merujuk kepada ‘Mesyuarat Asrama’.

Azhari, 31, yang juga guru Bahasa Arab kepada Zara Qairina, berkata istilah itu bermaksud perjumpaan ramai pelajar dan bukannya sesi memanggil dan menyoal seorang pelajar secara peribadi.

Saksi kelapan itu berkata demikian ketika disoal peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara Qairina, pada hari kesembilan prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Shahlan: Kenapa wujudnya ‘MA’ di asrama?

Azhari: Tidak tahu. 

Shahlan: Zara Qairina dipanggil pelajar senior untuk kes curi adalah ‘MA’? Boleh kamu memberi respons terhadap pemahaman saya ni?

Azhari: Kalau pemahaman saya, nama pun mesyuarat maksudnya ramai-ramai, bukan dipanggil secara peribadi dan disoal, macam tu lah. Apa yang saya faham, tindakan pelajar senior itu adalah melakukan siasatan terhadap kes curi (membabitkan Zara Qairina), sekadar bertanya saja, ‘betul atau tidak kau (Zara Qairina) mencuri,’ itu saja.

Pada minggu lepas, pengawal keselamatan sekolah itu, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, mengesahkan wujudnya budaya ‘MA’, iaitu sesi perjumpaan antara pelajar senior dan junior di asrama sekolah itu, dan beliau tidak menolak kemungkinan Zara Qairina turut dipanggil menghadiri sesi berkenaan.

Menurut Linah, ‘MA’ telah diharamkan kerana pelajar senior bertindak sesuka hati.

Prosiding inkues bersambung esok. 

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada kira-kira 4.00 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis.

Sebelum itu, AGC pada 8 Ogos telah mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Allahyarham bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

-Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Ketua Warden Asrama persoal ibu Zara Qairina berdiam walau anak mengadu masalah
Next: Zara Qairina didakwa ejek adik ‘Kak M’ sebelum ayat ‘kalau aku touch, kau berdarah’ muncul – Saksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.