Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SAR tragedi bot ekspres, kapal kargo di perairan Tanjung Kunyit ditamatkan
  • WILAYAH

SAR tragedi bot ekspres, kapal kargo di perairan Tanjung Kunyit ditamatkan

Utusan Sarawak 9 hours ago
OPERASI SAR mangsa tragedi pelanggaran bot ekspres dengan kapal kargo di perairan Tanjung Kunyit ditamatkan petang tadi. Foto PGO Bomba

SIBU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi pelanggaran bot ekspres dengan kapal kargo di perairan Tanjung Kunyit ditamatkan petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, mangsa lelaki berumur 64 tahun, pemilik bot ekspres terbabit masih belum ditemui.

Menurutnya, operasi dihentikan berikutan tiada penemuan baru berhubung kejadian itu selepas sembilan hari operasi dijalankan.

“Selepas perbincangan dengan pihak polis dan keluarga mangsa. Operasi SAR orang hilang ditamatkan sepenuhnya pada 5.00 petang ini.

“Operasi SAR akan diaktifkan semula sekiranya ada tanda-tanda penemuan mangsa,” katanya menerusi kenyataan, petang tadi.

OPERASI SAR…Seorang mangsa tragedi pelanggaran bot ekspres dengan kapal kargo di perairan Tanjung Kunyit ditamatkan petang tadi. Foto PGO Bomba

Terdahulu dalam kejadian berlaku pada Rabu lalu, seorang lelaki dilaporkan hilang apabila bot ekspres miliknya terlibat dalam kemalangan bersama kapal kargo di perairan Tanjung Kunyit.

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.17 tengah malam itu, sebelum operasi SAR diaktifkan.

Operasi SAR turut disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan berlubang di Lebuh Raya Pan Borneo KM877 undang bahaya pengguna
Next: Kerajaan Sarawak pertimbang cadangan tapak perhimpunan berbumbung di SMK Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.