Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • ‘KPop Demon Hunters’ jadi filem pertama Netflix capai 300 juta tontonan
  • HIBURAN

‘KPop Demon Hunters’ jadi filem pertama Netflix capai 300 juta tontonan

Utusan Sarawak 12 hours ago
FILEM animasi muzikal Netflix, ‘KPop Demon Hunters,’ muncul sebagai filem pertama di platform itu yang mencapai 300 juta tontonan

LOS ANGELES: Filem animasi muzikal Netflix, ‘KPop Demon Hunters,’ muncul sebagai filem pertama di platform itu yang mencapai 300 juta tontonan, menurut syarikat penstriman berkenaan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sejak dilancarkan pada 20 Jun, filem berkenaan merekodkan lebih 314.2 juta tontonan di seluruh dunia sehingga 14 September.

Netflix yang memiliki lebih 300 juta pelanggan global berkata angka itu secara statistik menunjukkan setiap pelanggan menonton filem itu sekurang-kurangnya sekali.

Syarikat itu hanya mengira jumlah tontonan untuk tempoh 91 hari selepas tayangan, bermakna pengiraan rasmi untuk ‘KPop Demon Hunters’ berakhir pada 19 September.

Diterbitkan oleh Sony Pictures Animation, filem fantasi itu mengisahkan kumpulan gadis K-pop Huntr/x, tiga wanita muda yang menjalani dua kehidupan sebagai pemburu syaitan.

Kejayaan luar biasa filem itu turut melonjakkan runut bunyinya yang sarat dengan elemen K-pop ke carta muzik global, termasuk lirik dalam bahasa Korea.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Dayang Nurfaizah rangkul Album Terbaik AIM 2025 menerusi Belagu II

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.