Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Microsoft bina pusat data di Johor
  • BISNES

Microsoft bina pusat data di Johor

Utusan Sarawak 5 years ago
PERBINCANGAN…Microsoft dalam perbincangan untuk membina Pusat Data di Daerah Kulai, Johor dan pembinaannya kini sudah mencapai tahap 40 peratus.

JOHOR BAHRU: Syarikat gergasi teknologi global, Microsoft, sedang membina sebuah pusat data di daerah Kulai, dan pembinaannya kini sudah mencapai tahap 40 peratus, kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

Beliau berkata pembinaan itu dilihat dapat merancakkan sektor ekonomi sekali gus menyediakan peluang pekerjaan di negeri ini.

“Pembinaan pusat data ini bukan sahaja dilihat dalam bentuk pelaburan yang khusus, tetapi ia dapat menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.

“Ia juga dapat menarik syarikat-syarikat rangkaian Microsoft untuk datang ke Johor dan membuat pelaburan di sini,” katanya ketika berucap melancarkan kempen Johor Perangi Denggi 2020 di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Dr. Aman Rabu.

Pada masa sama, Hasni berkata kerajaan negeri turut mendapat pertanyaan daripada sebuah syarikat teknologi di Jepun yang menunjukkan minat untuk membina pusat data di Johor.

“Banyak pihak menghubungi kerajaan negeri yang ingin meneroka bidang baharu untuk pelaburan. Ini kerana Johor adalah unik dan mempunyai banyak potensi untuk dimajukan,” katanya.

Beliau berkata pembinaan pusat data itu juga diharapkan dapat menjadikan Johor sebagai negeri yang benar-benar berjaya melaksanakan inisiatif pendigitalan hasil limpahan manfaat daripada pembinaannya.

“Rakyat juga akan dapat menggunakan sepenuhnya Internet yang ada dan menjadikan Johor sebagai negeri yang berjaya melaksanakan program pendigitalan,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Rizab antarabangsa BNM pada AS$104.3 bilion
Next: KPPK jalin kerjasama erat dengan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.