Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lagi serangan buaya, nyawa kanak-kanak jadi korban
  • KEMALANGAN

Lagi serangan buaya, nyawa kanak-kanak jadi korban

Utusan Sarawak 5 hours ago

TRAGIS… Mayat mangsa dijumpai oleh pihak APM, bomba dan polis.

KOTA SAMARAHAN: Satu lagi nyawa melayang akibat serangan buaya, kali ini membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang diterkam ketika menebar jala di perairan Kampung Empila, pagi Khamis.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa, Arif Fahmi Aiman Mohd Tinggal, ditemui maut dengan kesan gigitan pada bahagian badan dan dada kira-kira 9.50 pagi, hanya 10 meter dari lokasi dia kali terakhir kelihatan.

Jeritan mangsa sebelum tenggelam dalam serangan reptilia itu sempat didengari seorang pemancing yang berada berhampiran, sekali gus memulakan pencarian awal sebelum memaklumkan pihak berkuasa.

JBPM dalam kenyataannya memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dengan bantuan Polis dan APM, berjaya menemukan mangsa dalam tempoh dua jam.

Namun, seperti kes-kes terdahulu, operasi berakhir dengan tragedi sama, seorang lagi penduduk tewas di ‘sarang buaya’ yang semakin hari semakin berani menuntut ruang hidup bersama manusia.

Susulan kejadian ini, jumlah kes serangan buaya di Sarawak bulan ini sahaja meningkat kepada tiga. 

Sebelum ini, seorang lelaki di Kampung Siang-Siang Laut, Lawas, ditemui hanya tinggal kepala selepas dipercayai dibaham reptilia berkenaan, manakala seorang lagi mangsa di Kampung Lubok Punggor, Simunjan, masih hilang selepas disambar ketika menjala udang bersama keluarga.

Soalnya, sampai bila masyarakat di kawasan pinggir sungai harus hidup dengan ketakutan, menunggu giliran menjadi angka seterusnya? 

Serangan demi serangan tercatat, namun sungai terus menjadi ‘milik bersama’ tanpa solusi tuntas.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua cedera dalam kemalangan di Simpang Pujut 7
Next: Lori hilang kawalan, pemandu maut tersepit di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.