Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Zara Qairina menangis teriak ‘Wallahi, aku tidak mencuri bah’ – Saksi
  • MAHKAMAH

Zara Qairina menangis teriak ‘Wallahi, aku tidak mencuri bah’ – Saksi

Utusan Sarawak 5 hours ago

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir menyebut ‘Wallahi’ dan menangis berteriak dengan menyebut ‘aku tidak mencuri bah’.

Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap, 31, berkata remaja itu berbuat demikian susulan aduan seorang pelajar Tingkatan Satu mengenai kecurian barangnya kepada ketua bilik, sebelum remaja itu dipanggil untuk disoal mengenai hal tersebut.

“Zara Qairina telah diminta bersumpah dengan menyebut ‘Wallahi’ oleh ketua biliknya atas tuduhan mencuri dan Zara Qairina juga menyebut ‘Wallahi’ dan dia tidak mengaku berbuat demikian selepas ditanya oleh ketua biliknya itu,” katanya.

Azhari memaklumkan beliau mengetahui perkara itu menerusi pengakuan bertulis lima pelajar termasuk seorang pelajar Tingkatan Empat selepas siasatan dijalankan oleh pihak warden.

“Ketika itu, saya berada di hospital dan saya telah meminta beberapa guru dan warden perempuan untuk membuat siasatan dan penghuni asrama sebilik dengan Zara Qairina berkumpul di bilik isolasi sebelum bersambung di musolah bagi tujuan berkenaan.

“Hasil siasatan di bilik isolasi asrama perempuan dan musolah itu dimaklumkan kepada saya dalam kumpulan Whatsapp oleh Unit Disiplin sekolah,” katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika disoal peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara Qairina pada hari kelapan prosiding inkues kematian pelajar itu.

Saksi kelapan itu seterusnya berkata selepas Zara Qairina bersumpah ‘Wallahi’, pelajar-pelajar Tingkatan Satu memeriksa loker dan begnya dan menjumpai pin bendera Malaysia milik ketua dormnya.

“Pada masa itulah, ketua dorm Zara Qairina ke bilik yang sebelah, ditanya lagi betulkah mencuri dan Zara Qairina tidak mengaku. Selepas itu, Zara Qairina keluar dari bilik dia sambil menangis berteriak cakap ‘aku tidak mencuri bah, bodoh’,” katanya.

Beliau berkata kali terakhir penghuni asrama melihat Zara Qairina adalah di tandas sebelum remaja itu ditemukan tidak sedarkan diri. 

Mengenai tindakan mengalihkan Zara Qairina dari lokasi asal ke kawasan berdekatan dengan rumah warden, saksi berkata mangsa diangkat dan diletak secara perlahan-lahan dengan dialaskan kain pelekat kerana keutamaan ketika itu adalah keselamatan remaja tersebut.

“Tujuan asalnya adalah mahu membawa mangsa ke hospital namun kami berhenti di situ disebabkan badan mangsa yang agak berat selain tempat itu sesuai kerana tidak dinampak oleh pelajar-pelajar lain,” katanya.

Saksi tidak menafikan trauma melihat keadaan Zara Qairina dan mengesahkan pengetua sekolah berkenaan tiba di lokasi kejadian semasa mereka menunggu ambulans.

Prosiding inkues bersambung esok.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Trump tangguh tarikh akhir TikTok buat kali ketiga tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.