Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Acara sumpit digugurkan dari Sukan Borneo 2025, tarik tali kekal
  • SUKAN

Acara sumpit digugurkan dari Sukan Borneo 2025, tarik tali kekal

Utusan Sarawak 8 hours ago
JELASKAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita selepas lawatannya di pusat pengagihan pek larian Kuching Marathon di Plaza Merdeka, Kuching hari ini.

KUCHING: Acara tradisional menyumpit yang sebelum ini dirancang sebagai salah satu acara pada temasya Sukan Borneo 2025 digugurkan selepas tidak mendapat sambutan penuh daripada kontinjen yang bertanding.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, meskipun sumpit digugurkan, satu lagi acara tradisional iaitu tarik tali akan kekal dipertandingkan.

“Acara sumpit tidak dapat diteruskan kerana tidak menerima sambutan memuaskan daripada pasukan yang mengambil bahagian. Namun, tarik tali masih dikekalkan sebagai salah satu elemen tradisional dalam temasya kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada lawatannya ke pusat pengagihan pek larian Kuching Marathon edisi ke-10 di Plaza Merdeka, di sini, hari ini.

Menurut Abdul Karim, Sukan Borneo 2025 akan berlangsung pada 24 hingga 28 September ini dengan penyertaan Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Brunei Darussalam serta Kalimantan Timur.

Katanya, Kalimantan Barat yang pada asalnya dijadualkan untuk turut serta, terpaksa mengundur diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

MELAWAT… Sekitar lawatan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di pusat pengagihan pek larian Kuching Marathon di Plaza Merdeka, Kuching hari ini.

“Temasya ini kembali dianjurkan selepas 13 tahun dengan objektif bukan sahaja bersaing secara kompetitif, tetapi juga merapatkan silaturahim antara negeri, wilayah dan negara di Kepulauan Borneo,” ujarnya.

Katanya lagi, buat kali ini tiada juara keseluruhan ditentukan, namun penganjuran akan memberi limpahan ekonomi serta mengeratkan hubungan serantau.

“Cuma nanti akan ada anugerah olahragawan dan olahragawati terbaik temasya,”jelasnya.

Abdul Karim dalam pada itu turut menjelaskan bahawa penganjuran Sukan Borneo pada masa hadapan berpotensi diperluas dengan penglibatan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia serta negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata demikian selepas menerima dua permohonan dari dua negeri di Semenanjung Malaysia yang ingin menyertai temasya tersebut, bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan negeri tersebut.

“Buat kali ini kita kekalkan penyertaan hanya dalam kalangan negeri dan wilayah di Kepulauan Borneo.

“Namun, jika ada permohonan pada masa depan, tidak mustahil Sukan Borneo akan membuka ruang kepada negeri-negeri di Semenanjung, malah rakan-rakan dari Filipina Selatan turut serta,” katanya.

Beliau berkata langkah itu bukan sahaja dapat meningkatkan tahap persaingan, malah memberi peluang lebih luas kepada atlet serantau untuk beraksi, selain memperkukuh jaringan kerjasama sukan dan memperkasa semangat perpaduan di peringkat Asia Tenggara.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Atlet diharap tonjolkan semangat juang tinggi di Sukan Borneo 2025
Next: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah cemas sebelum mara pusingan kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.