Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ucapan dasar Dr. Noor Hisham warnai Persidangan Rabies di BCCK
  • TEMPATAN

Ucapan dasar Dr. Noor Hisham warnai Persidangan Rabies di BCCK

Utusan Sarawak 22 hours ago
DATUK Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUCHING: Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah akan menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Rabies In Borneo (RIB) 2025 yang akan berlangsung pada 30 September hingga 1 Oktober ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menurut kenyataan Place Borneo Sdn. Bhd. , ucapan beliau akan memberi tumpuan kepada strategi kesihatan awam, pengurusan krisis serta langkah pencegahan jangka panjang dalam usaha menyokong matlamat Sarawak membasmi rabies menjelang 2030.

Berpengalaman luas mengendalikan respons terhadap pelbagai wabak, termasuk rabies di Sarawak sejak 2017 serta pandemik COVID-19, Dr. Noor Hisham dijangka menekankan kepentingan koordinasi rentas sektor, vaksinasi secara besar-besaran dan rawatan awal selepas gigitan haiwan.

“Penghapusan rabies memerlukan pendekatan bersatu dengan menggabungkan kepakaran perubatan, tindakan komuniti dan kerjasama serantau.

“Kemajuan Sarawak daripada 27 kes pada 2020 kepada sasaran sifar kes menjelang 2030 membuktikan kuasa usaha berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Sejak rabies diisytiharkan sebagai wabak di Sarawak pada 2017, sebanyak 30 kes telah direkodkan dengan 28 kematian.

Dr. Noor Hisham sebelum ini turut menekankan kepentingan intervensi segera, termasuk mencuci luka, mendapatkan vaksin dan rawatan awal yang terbukti dapat menyelamatkan nyawa, antaranya dalam kes seorang kanak-kanak berusia tiga tahun pada 2020.

Ucapan beliau juga akan menekankan aspek vaksinasi haiwan peliharaan secara tahunan, pendidikan masyarakat mengenai protokol selepas digigit serta penglibatan komuniti dalam melaporkan kehadiran haiwan liar.

Kerjasama serantau bersama Sabah, Kalimantan dan Brunei turut dijangka menjadi faktor penting dalam perkongsian amalan terbaik.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS), Dr. Adrian Susin Ambud berkata, penyertaan Dr. Noor Hisham akan memperkukuh kepakaran kolektif bagi menyokong usaha pembasmian rabies.

“Pengalaman beliau dalam kesihatan awam dan pengurusan krisis secara langsung menyokong kerjasama dengan inisiatif di peringkat akar umbi,” katanya.

Persidangan anjuran Place Borneo Sdn. Bhd. dengan kerjasama DVSS itu akan dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ia bakal menghimpunkan 21 pakar dari 12 negara yang akan berkongsi pengalaman dan strategi bagi mempercepatkan usaha pembasmian rabies di rantau ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Status ‘bateri Asean’ buka pintu gelombang pelaburan baharu ke Sarawak – Abang Johari
Next: Sarawak kurang 11,000 petugas kesihatan, autonomi pengambilan diperlukan – Dr Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.