Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tesla disiasat susulan aduan pintu SUV gagal berfungsi
  • GLOBAL

Tesla disiasat susulan aduan pintu SUV gagal berfungsi

Utusan Sarawak 7 hours ago
KERETA elektrik Tesla diparkir di hadapan premis pengedar. Foto Annegret Hilse/Gambar Fail

SAN FRANCISCO: Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) melancarkan siasatan berhubung aduan mengenai pemegang pintu SUV Tesla Model Y gagal berfungsi dalam keadaan tertentu, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.

Pejabat Penyiasatan Kerosakan (ODI) agensi itu memaklumkan telah menerima sembilan laporan daripada pemilik kenderaan yang tidak dapat memasuki kereta mereka.

Dalam kebanyakan kes, ibu bapa dilaporkan terkunci di luar selepas keluar dari kereta dan tidak dapat membuka pintu belakang untuk mengambil anak mereka.

Dalam empat kes, pemilik terpaksa memecahkan tingkap untuk masuk semula, menurut ODI.

Kajian awal mendapati masalah itu mungkin berlaku jika kunci pintu elektronik tidak menerima voltan mencukupi daripada sistem bateri kenderaan.

Menurut ODI, tiada laporan menunjukkan amaran bateri voltan rendah dipaparkan.

Laporan itu juga menyebut kenderaan Tesla dilengkapi pembuka pintu manual di bahagian dalam, namun kedudukannya sukar dicapai kanak-kanak dan sebahagian pemilik tidak menyedari kewujudannya.

Menurut manual pemilik Tesla, memulihkan kuasa pada kunci elektronik memerlukan beberapa langkah tambahan menggunakan sumber kuasa luaran. – Bernama-Xinhua.

Continue Reading

Previous: Banjir kilat ragut 18 nyawa di Utara India
Next: Suspek kes Charlie Kirk didakwa atas kesalahan membunuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.