Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Status ‘bateri Asean’ buka pintu gelombang pelaburan baharu ke Sarawak – Abang Johari
  • TEMPATAN

Status ‘bateri Asean’ buka pintu gelombang pelaburan baharu ke Sarawak – Abang Johari

Utusan Sarawak 4 weeks ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyaksikan persembahan bunga api sempena Perhimpunan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2025 di Bintulu.

BINTULU: Status Sarawak sebagai ‘bateri ASEAN’ dijangka membuka gelombang pelaburan baharu dalam sektor tenaga boleh baharu dan infrastruktur tenaga serantau.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kekuatan negeri dalam pengeluaran hidro, hidrogen dan solar bukan sahaja menampung keperluan domestik, malah kini membekalkan tenaga ke Kalimantan, Indonesia.

“Dengan kekuatan ini, Sarawak kini dikenali sebagai ‘bateri ASEAN’, membekalkan tenaga bukan sahaja untuk rakyat kita, tetapi juga untuk jiran kita di Kalimantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2025 di Lapangan Terbang Lama Bintulu semalam.

Tambahnya, Sarawak juga dalam perancangan untuk mengembangkan bekalan tenaga ke Singapura, Brunei serta negara-negara lain di Asia Tenggara.

Beliau menegaskan kerajaan negeri akan terus memperkukuh infrastruktur tenaga dan dasar mesra pelabur bagi memastikan Sarawak kekal sebagai hab tenaga bersih utama di Asia Tenggara.

Selain itu, katanya, 2025 membuka peluang besar apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN. 

“Dalam konteks ini, Sarawak bersedia memainkan peranan sebagai pintu masuk strategik ke rantau Borneo dan Asia Tenggara bukan sahaja dalam bidang ekonomi, tetapi juga budaya, pendidikan dan kerjasama serantau,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilayah Henan, Zhengzhou rakan strategik dalam ekonomi hijau dan pembangunan bandar
Next: Ucapan dasar Dr. Noor Hisham warnai Persidangan Rabies di BCCK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.