Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anwar ucap penghargaan sempena Hari ATM ke-92
  • NASIONAL

Anwar ucap penghargaan sempena Hari ATM ke-92

Utusan Sarawak 10 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-92 yang disambut hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-92 yang disambut hari ini. 

Anwar menerusi hantaran di Facebook menzahirkan penghormatan atas khidmat bakti dan pengorbanan anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Semoga seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi tanah air,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pesara ATM yang telah menabur bakti sepanjang perkhidmatan mereka serta mendoakan agar perajurit yang gugur ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 

“Al-Fatihah buat perajurit yang telah pergi mendahului kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan syuhada,” katanya.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Anak jerung spesies ‘nurse shark’ dikesan di Labuan
Next: MALBATT 850-12 raikan Hari Malaysia di Lubnan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.