Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Loji LPG PIRSB Bintulu dijangka beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun hadapan – Julaihi
  • TEMPATAN

Loji LPG PIRSB Bintulu dijangka beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun hadapan – Julaihi

Utusan Sarawak 14 hours ago

DATUK Seri Julaihi Narawi meninjau kerja-kerja pemulihan Loji Pembotolan LPG PIRSB di Bintulu yang terjejas akibat tanah runtuh pada Januari lalu.

BINTULU: Loji Pembotolan Gas Petroleum Cecair (LPG) milik Pusaka Integrated Resources Sdn. Bhd. (PIRSB) di sini yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh pada Januari lalu dijangka kembali beroperasi sepenuhnya menjelang akhir suku kedua 2026.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerja-kerja pemulihan kini giat dijalankan, meliputi penstabilan tanah, pemulihan infrastruktur serta pembaikan loji utama.

“Insiden tanah runtuh yang berlaku pada 29 Januari lalu memaksa penutupan Loji Bintulu.

Namun, kerajaan bertindak pantas dengan mengoperasikan loji pembotolan sementara pada 27 Mac bagi memastikan bekalan LPG kekal stabil,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau tapak loji berkenaan hari ini.

Julaihi menjelaskan bahawa Sarawak memerlukan purata 25,000 silinder LPG sehari bagi menampung permintaan negeri ini, melibatkan dua loji utama iaitu Loji Senari Terminal Minyak Bebas (IOT) di Kuching dan Loji PIRSB di Bintulu.

“Loji Senari biasanya memproses sekitar 13,000 silinder sehari manakala Bintulu berkapasiti 12,000 silinder.

Selepas tanah runtuh, pengeluaran di Bintulu dikurangkan kepada 10,000 silinder sehari, manakala Loji Senari meningkatkan kapasiti kepada 15,000 silinder sehari.

Tambahnya, langkah tersebut membolehkan keupayaan pengeluaran harian kekal sekitar 25,000 silinder, dengan tambahan 3,000 silinder sebagai simpanan, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 28,000 silinder sehari.

Sehingga kini, bekalan LPG di seluruh Sarawak kekal stabil dengan jumlah edaran silinder LPG mencecah 1.8 juta unit.

Julaihi turut memaklumkan beberapa langkah segera telah diambil termasuk pembersihan sisa runtuhan, pemindahan tangki air milik Pelabuhan Bintulu, pelupusan paip LPG yang rosak serta pemulihan kawasan terjejas secara berperingkat.

Bagi memperkukuh keselamatan bekalan, PetrosNiaga juga menambah bilangan depot simpanan LPG di seluruh Sarawak, bagi mengurangkan kebergantungan kepada Kuching dan Bintulu.

Tambahan bekalan silinder juga diperoleh dari Sepanggar Bay, Sabah, khusus untuk menyokong kawasan utara Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Julaihi turut memaklumkan bahawa kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan bagi projek saluran paip gas dari Bintulu ke Kidurong.

Setakat Julai lalu, projek perintis di Sungai Plan telah memberi manfaat kepada 40 rumah, dengan fasa pengembangan dijangka bermula tahun depan, menyasarkan sehingga 800 rumah lagi.

“Usaha ini membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat akses kepada utiliti asas yang lebih baik,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Simbol perpaduan kesejahteraan dan pembangunan rakyat berbilang kaum
Next: Sarawak di landasan kukuh menuju negeri maju, hasil negeri cecah RM14 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.