Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • TPM Fadillah ketuai delegasi ke China bermula hari ini hingga 23 September
  • NASIONAL

TPM Fadillah ketuai delegasi ke China bermula hari ini hingga 23 September

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Seri Fadillah Yusof. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi rasmi Malaysia dalam lawatan kerja ke China bermula hari ini hingga 23 Sept.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan Fadillah akan menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 di Nanning, Guangxi, sebuah platform perdagangan dan pelaburan serantau berprestij yang menghimpunkan pemimpin ASEAN dan China.

“Penyertaan Malaysia dalam CAEXPO 2025 akan memperkukuh peranan negara sebagai penyelaras hubungan Dialog ASEAN-China (2024-2027), di samping membuka ruang baharu kerjasama dalam pelaburan strategik, pembangunan infrastruktur serantau, bandar pintar dan inovasi teknologi hijau,” menurut PETRA dlaam kenyataan hari ini.

PETRA memaklumkan Fadillah turut dijadual mengadakan pertemuan peringkat tertinggi dengan Naib Perdana Menteri China Liu Guozhong, yang menyelia Kementerian Sumber Air.

Pertemuan itu akan menumpukan kepada kerjasama strategik dalam pengurusan air termasuk pertukaran teknologi, pembangunan kapasiti dan inisiatif lestari yang mampu memberi impak jangka panjang kepada kedua-dua negara.

PETRA memaklumkan lawatan rasmi itu turut merangkumi Beijing dan Chongqing, dengan tumpuan terhadap tenaga boleh baharu, sistem storan tenaga, teknologi nuklear generasi baharu, serta pendekatan pengurusan air inovatif seperti model Sponge City untuk mitigasi banjir dan adaptasi perubahan iklim.

Selain itu, ia juga memberi penekanan terhadap sistem air pulih sebagai sumber alternatif industri, pembangunan loji bawah tanah dan menjana tenaga daripada biogas.

Menurut PETRA, Malaysia berhasrat memanfaatkan kepakaran dan pengalaman China dalam bidang berkenaan bagi memperkukuh agenda nasional iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Transformasi Air 2040 (AIR 2040) untuk strategi keterjaminan air dan tenaga negara.

“Sejajar dengan kedudukan China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia, lawatan itu berpotensi menarik pelaburan berimpak tinggi dalam sektor tenaga bersih, teknologi hijau serta memperkukuh daya saing ekonomi negara,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, PETRA memaklumkan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI, lawatan itu juga melambangkan usaha Malaysia untuk memainkan peranan lebih besar dalam kerangka kerjasama ASEAN–China, serta kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik yang proaktif, inklusif dan berdaya tahan di peringkat serantau dan global. 

-BERNAMA 

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Hari Malaysia 2025: 10,000 pengunjung dijangka gegar PICCA@Arena Butterworth
Next: Kostum pahlawan Iban bertemakan Jalur Gemilang ceriakan sambutan Hari Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.