
SARIKEI: Sebatang pokok tumbang menghempap bumbung sebuah rumah di Jalan Petai, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 3.30 petang.
“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati pokok telah tumbang menghempap bumbung rumah,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, pasukan bomba menggunakan dua unit mesin gergaji berantai untuk memotong dahan pokok tumbang.
“Khidmat khas memotong dan mengalihkan pokok tumbang selesai dalam tempoh lebih kurang satu jam.
“Operasi tamat sepenuhnya pada 5.18 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek