Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Konvoi Kembara semarakkan Sambutan Hari Malaysia di Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Konvoi Kembara semarakkan Sambutan Hari Malaysia di Meradong

Utusan Sarawak 13 hours ago
PELEPASAN PESERTA…..Pelepasan peserta Konvoi Kembara oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab sambil disaksikan oleh ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

BINTANGOR: Seramai 30 penunggang motosikal menyertai Konvoi Kembara sempena Sambutan Hari Malaysia 2025 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Meradong, hari ini.

Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Sahabat Motorsport yang diketuai oleh Abang Husen Abang Yusuf.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab dan disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Menurut penganjur, konvoi ini mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia tempatan yang hadir bagi menyatakan sokongan dan semangat patriotisme.

UNTUK ALBUM….Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab dan ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama peserta konvoi. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis.

Penganjuran konvoi bertujuan menyemarakkan semangat Hari Malaysia serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan belia tanpa mengira bangsa dan agama, sekali gus menggalakkan semangat kerjasama dan kekitaan.

Konvoi berkenaan turut dijadualkan berhenti di Belawai untuk mengadakan aktiviti barbeku bersama SABERKAS Cawangan Kuala Rajang.

Turut hadir menyaksikan pelepasan konvoi ialah Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dan Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Meradong, Azmi Tambi.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: The Stage 7.0 tonjol bakat muda tempatan, kukuhkan Sibu sebagai hab kebudayaan
Next: 36 mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Long Lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.