Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan dan kepedulian rakyat ditekankan sempena Hari Malaysia
  • Tengah
  • WILAYAH

Perpaduan dan kepedulian rakyat ditekankan sempena Hari Malaysia

Utusan Sarawak 10 hours ago
AHLI Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab melakukan pelepasan peserta konvoi bermotosikal sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat PBB Meradong, hari ini. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis 

BINTANGOR: Malaysia yang dibentuk pada 16 September 1963 merupakan hasil gabungan empat wilayah iaitu Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura, kata Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab.

Menurutnya, penubuhan negara Malaysia menjadikan ia tanah air kepada semua rakyat termasuk masyarakat di Bintangor dan Daerah Meradong.

“Alhamdulillah, hari ini kita meraikan Sambutan Hari Malaysia ke-62 peringkat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Meradong dalam suasana yang santai tetapi cukup meriah,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di sini, hari ini.

Ujarnya, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan asas utama pembentukan negara dan amat penting khususnya kepada rakyat Sarawak.

“Bagi kita di Sarawak, MA63 adalah sangat penting kerana di situlah tercatat beberapa syarat-syarat tertentu yang melindungi hak-hak dan kepentingan negeri Sarawak

Tambah beliau, tema sambutan Hari Malaysia tahun ini, ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, memberi penekanan kepada keseimbangan antara pembangunan material dan rohani.

“Konsep Malaysia MADANI menekankan kemajuan ekonomi, integriti dalam pentadbiran serta perpaduan rakyat.

“Sementara itu, ‘Rakyat Disantuni’ menggambarkan iltizam kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa sebelum pembentukan Malaysia, Sarawak telah mencapai kemerdekaan dalam aspek pentadbiran daripada British pada 22 Julai 1963.

“Selepas itu, rakyat Sarawak mula mentadbir negeri sendiri dengan pelantikan Ketua Menteri Sarawak pertama, Datuk Stephen Kalong Ningkan bersama barisan menteri awal seperti Abdul Taib Mahmud, Adenan Satem, James Wong Kim Ming, Dunstan Endawie Enchana, Awang Hipni Pengiran Anu dan Teo Kui Seng,” katanya.

Ujarnya lagi, Tun Abang Haji Openg merupakan Gabenor Sarawak pertama dalam kalangan anak jati negeri ini.

Yusuf berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, rakyat perlu terus menyokong usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak sebagai wilayah paling maju menjelang tahun 2030.

“Marilah kita bersama menyokong sepenuhnya usaha kerajaan negeri dan menumpukan kesetiaan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang kini menerajui pentadbiran negeri,” katanya.

Dalam majlis sama, beliau turut melepaskan peserta konvoi bermotosikal sempena sambutan Hari Malaysia peringkat PBB Meradong.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Festival Seni dan Sastera Kanak-Kanak Sarawak tarik ribuan pengunjung di Miri
Next: Inisiatif JKKK Bukit Igu menerusi Jualan Rahmah terima sokongan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.