Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Peningkatan pesakit buah pinggang, SKF perkukuh usaha rawatan
  • KESIHATAN

Peningkatan pesakit buah pinggang, SKF perkukuh usaha rawatan

Utusan Sarawak 10 hours ago
UNTUK ALBUM… Kelvin Lau (duduk, lima dari kiri) bergambar kenangan bersama para pesakit, ahli keluarga serta tetamu kehormat yang lain pada majlis Hari Keluarga SKF 2025 di sini, semalam.

SIBU: Bilangan pesakit yang memerlukan rawatan dialisis di Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF) menunjukkan peningkatan ketara daripada 69 orang pada 2022 kepada 113 orang pada tahun ini.

Pengerusi SKF, Temenggong Dato Vincent Lau berkata peningkatan itu menggambarkan bahawa penyakit buah pinggang masih menjadi cabaran kesihatan yang serius dalam kalangan masyarakat.

“Dalam masa yang sama, ia juga menekankan betapa pentingnya peranan SKF untuk memastikan pesakit mendapat rawatan serta sokongan yang sewajarnya,” katanya.

Belia berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca oleh Kaunselor Kelvin Lau selaku mewakilinya pada majlis Hari Keluarga SKF 2025 di sini, semalam.

UNTUK ALBUM… Kelvin Lau (kanan) merakam kenangan bersama pemenang ‘King and Queen’ pada majlis Hari Keluarga SKF 2025 di sini, semalam.

Beliau berkata, SKF yang ditubuhkan pada 1993 mempunyai tiga misi utama iaitu meningkatkan kesedaran awam mengenai kesihatan dan pencegahan penyakit buah pinggang, menyediakan rawatan dialisis bersubsidi yang mampu milik, serta menawarkan pembangunan pesakit yang berkualiti.

“Perkara ini menjadi tanggungjawab kami untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan, menaik taraf peralatan dan memperluas kapasiti supaya setiap pesakit menerima penjagaan berkualiti tertinggi,” katanya.

Menurutnya, SKF akan terus memperkukuh fasiliti, mengadaptasi teknologi baharu serta memperluas capaian agar setiap pesakit mendapat akses kepada penjagaan yang mereka perlukan.

Majlis Hari Keluarga SKF 2025 turut disertai pesakit bersama ahli keluarga, kakitangan, pengurusan, profesional kesihatan dan para penyokong yayasan itu.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: 6,633 penderma darah direkodkan di Miri, sasaran 10,000 menjelang 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.