Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas hilang dalam insiden bot karam masih belum ditemui
  • Tengah
  • WILAYAH

Warga emas hilang dalam insiden bot karam masih belum ditemui

Utusan Sarawak 23 hours ago
OPERASI SAR seorang warga emas yang hilang selepas bot dinaiki karam di Sungai Bayai, berhampiran Loji Rawatan Air Bayai, masih belum membuahkan hasil setakat petang tadi. Foto Facebook Balai Bomba Sri Aman

SIMANGGANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas yang hilang selepas bot dinaiki karam di Sungai Bayai, berhampiran Loji Rawatan Air Bayai, masih belum membuahkan hasil setakat petang tadi.

Mangsa, Banggau Ngilas, 71 tahun, dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki bersama menantunya, Roys Misen, 36, karam sekitar 10.00 pagi tadi. Roys bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing.

Menurut laporan awal, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang dari ladang sawit dengan membawa muatan buah sawit sebelum bot mereka melanggar batang kayu besar yang terapung di tengah sungai lalu karam.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman bersama agensi lain menjalankan operasi pencarian menggunakan kaedah permukaan air sejauh tiga kilometer di hulu sungai dengan tiga buah bot penyelamat.

GAMBAR menunjukkan lokasi bot karam dan lokasi terakhir mangsa. Foto Facebook Balai Bomba Sri Aman.

Pencarian di tebing turut dilakukan melibatkan dua kumpulan bersama agensi berkaitan dan penduduk kampung.

Bagaimanapun, sehingga 6.00 petang tadi, usaha pasukan penyelamat masih gagal mengesan mangsa yang dipercayai dihanyutkan arus deras.

Operasi terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan gelap dan akan disambung semula esok.

Komander Operasi, Andrew Vengitasamy memaklumkan cabaran utama operasi adalah keadaan arus sungai yang deras serta liputan komunikasi yang lemah di lokasi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sri Aman turut menggerakkan anggota masing-masing bagi membantu pencarian.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Seminar Skuad antidadah perkasa peranan belia IPT dalam usaha cegah dadah
Next: LCDA laksana dua projek strategik di Kabong bawah peruntukan projek rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.