Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • STB masih relevan tapi perlu penambahbaikan – Michael Tiang
  • TEMPATAN

STB masih relevan tapi perlu penambahbaikan – Michael Tiang

Utusan Sarawak 21 hours ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Datuk Michael Tiang.

KUCHING: Sistem ‘Jual-Dulu-Bina’ (STB) masih relevan untuk membantu rakyat memiliki rumah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Datuk Michael Tiang.

Namun, beliau menegaskan bahawa perlunya kawal selia lebih ketat serta komitmen lebih tinggi daripada pihak pemaju.

Menurutnya, kelebihan STB ialah harga rumah yang ditawarkan lebih rendah berbanding sistem BTS, sekali gus memberi ruang kepada lebih ramai rakyat mencapai pemilikan rumah.

Beliau menambah, kerana keterbatasan modal, pemaju tempatan menggunakan mekanisme pra-jualan STB bagi membiayai projek melalui deposit dan bayaran berjadual daripada pembeli.

“Walaupun sistem STB sudah menjadi kebiasaan, ia turut membawa risiko kepada pembeli sekiranya pemaju berdepan cabaran ketika pelaksanaan projek. Dalam keadaan terburuk, projek boleh mengalami kelewatan serius, bermasalah malah terbengkalai.

“Setiap pemaju bertanggungjawab sepenuhnya memastikan projek perumahan dilaksanakan mengikut jadual dan diserahkan kepada pembeli tanpa sebarang kelewatan.

“Tanggungjawab pemaju bukan sahaja menyiapkan projek, malah mengurus wang hasil titik peluh pembeli dengan penuh amanah, melaksanakan perancangan rapi, mengekalkan sumber mencukupi serta mengutamakan akauntabiliti profesional demi melindungi kepentingan pembeli,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Dalam masa sama, Michael menegaskan bahawa kerajaan berperanan penting melindungi hak pembeli rumah dengan memastikan penguatkuasaan undang-undang lebih kukuh bagi mengenal pasti serta mengurangkan risiko projek bermasalah di bawah sistem jual-dulu-bina (STB).

“Ordinan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan), 2013 dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan), 2014 juga perlu sentiasa dikaji semula agar kekal berkesan dalam melindungi kepentingan pembeli rumah serta menepati perkembangan industri perumahan di Sarawak,” tambahnya.

Pindaan ke atas peruntukan ordinan dan peraturan tersebut dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang bagi memperkukuh perlindungan terhadap hak pembeli rumah di Sarawak.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: Projek Tukun Tiruan Sarawak strategi pemuliharaan jangka panjang paling signifikan
Next: STU bakal dapat tanah, bangunan baharu di Samarahan – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.