Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 21,800 bola terumbu dilabuhkan, Sarawak cipta rekod dunia
  • TEMPATAN

21,800 bola terumbu dilabuhkan, Sarawak cipta rekod dunia

Utusan Sarawak 19 hours ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa hadir mewakili Premier Sarawak ketika melancarkan penurunan tukun bola terumbu di Pantai Tanjung Kembang Kabong hari ini. Foto: UKAS

KABONG: Sarawak kini memiliki benteng tukun tiruan terpanjang dunia selepas 21,800 unit bola terumbu berjaya dilabuhkan di sepanjang perairan negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek mega dua fasa itu mencatat rekod antarabangsa sebagai Terumbu Penghadang Bola Terumbu Terpanjang di Dunia oleh Yayasan Bola Terumbu, Amerika Syarikat.

Fasa 1 yang tamat pada 2021 menyaksikan 16,800 unit tukun dilabuhkan merentasi 746 kilometer dari Tanjung Datu hingga Lawas, manakala Fasa 2 menambah 5,000 unit lagi dalam 90 kluster.

“Daripada jumlah itu, kawasan Kabong-Gerigat sahaja menerima 1,300 unit membentuk 54 kluster, sekali gus menjadi lokasi strategik untuk pemuliharaan marin,” katanya ketika melancarkan penurunan tukun bola terumbu di sini hari ini.

Menurut Awang Tengah, projek ini bukan sekadar benteng marin tetapi juga perlindungan kepada nelayan tradisional, kawasan pembiakan penyu serta laluan migrasi hidupan laut.

Fasa 2 pula, jelasnya, memberi fokus kepada ekopelancongan, peningkatan biodiversiti dan sokongan sosioekonomi komuniti setempat.

“Pendekatan ini mengukuhkan kelestarian ekonomi biru Sarawak dengan gabungan pemuliharaan dan manfaat ekonomi,” tegasnya.

Beliau memaklumkan, kajian impak bagi Fasa 1 dijangka siap penghujung 2025, manakala Fasa 2 selesai pada 2027.

Terdahulu, Awang Tengah turut mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, merasmikan Maraton Pantai Antarabangsa Kabong (KIBTM) 2025 yang julung kali dianjurkan di sini.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Muzium baharu bakal dibina dalam tempoh lima tahun – Premier Sarawak
Next: Projek Tukun Tiruan Sarawak strategi pemuliharaan jangka panjang paling signifikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.