Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TYT: Hargai pengorbanan pemimpin terdahulu, tandatangani MA63 hingga melahirkan Malaysia
  • SEMASA

TYT: Hargai pengorbanan pemimpin terdahulu, tandatangani MA63 hingga melahirkan Malaysia

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUCHING: Rakyat Sarawak perlu menghargai pengorbanan pemimpin terdahulu yang telah menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sehingga membawa kepada lahirnya Malaysia pada 16 September 1963.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata empat tokoh Sarawak iaitu Tun Abang Openg Abang Shapiee, Temenggong Jugah Barieng, Tan Sri Ling Beng Siew dan Datuk Abang Mustapha Abang Moasli telah memainkan peranan besar dalam sejarah penubuhan Malaysia.

“Perjuangan mereka perlu dikenang sepanjang masa,” katanya dalam perutusan sempena Hari Malaysia 2025, yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, Tun Wan Junaidi menyeru seluruh rakyat agar terus berganding bahu mengekalkan perpaduan serta memupuk semangat patriotisme demi memastikan Sarawak kekal maju makmur dalam Malaysia.

Katanya, perpaduan masyarakat berbilang kaum serta pembangunan ekonomi baharu merupakan kunci utama kepada kemajuan dan kemakmuran Sarawak.

Menurutnya, kepelbagaian etnik, budaya dan agama di negeri ini bukan penghalang, sebaliknya kekuatan yang menjadikan Sarawak unik serta istimewa dalam Malaysia.

“Nilai persefahaman dan keharmonian perlu terus dipupuk melalui amalan meraikan kepelbagaian perayaan seperti Hari Raya, Gawai Dayak, Tahun Baharu Cina dan Krismas yang menjadi tradisi rakyat negeri ini.

“Perpaduan ini adalah tonggak utama yang memastikan kita mampu bergerak ke hadapan, membina Sarawak yang lebih maju serta sejahtera dalam Malaysia,” katanya

Beliau berkata, di bawah kepemimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, negeri ini kini berada di landasan tepat menerusi strategi ekonomi baharu yang menumpukan kepada tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, digitalisasi serta strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Dengan kepelbagaian sumber asli, kestabilan politik dan kerjasama erat rakyat, Sarawak mampu mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM282 bilion menjelang 2030 dan setanding dengan negara maju di pentas dunia,” jelasnya.

Menurutnya lagi, kejayaan tersebut memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, pihak swasta dan rakyat, khususnya dalam meningkatkan pendidikan, kemahiran tenaga kerja dan memperkukuh kestabilan sosial.

“Sebagaimana sebuah kapal memerlukan nakhoda yang arif dan kelasi yang setia, begitulah perjalanan kepimpinan negeri ini. 

“Dengan kebijaksanaan pemimpin serta kerjasama rakyat, Sarawak akan terus belayar menuju masa depan yang gemilang,” tambahnya.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: Muzium penting sebagai pusat ilmu, warisan budaya – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.