Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kemajuan projek jalan raya berkembar Bintulu terjejas akibat isu tanah
  • TEMPATAN

Kemajuan projek jalan raya berkembar Bintulu terjejas akibat isu tanah

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendengar taklimat kemajuan projek jalan raya berkembar Jambatan Kemena-Jalan Lapangan Terbang Bintulu di Jepak, Bintulu.

BINTULU: Projek pembinaan jalan raya berkembar sepanjang 4.1 kilometer (km) dari Jambatan Kemena ke Jalan Lapangan Terbang Bintulu hanya mencatat kemajuan di bawah satu peratus susulan isu tanah yang masih belum diselesaikan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kelewatan itu bukan berpunca daripada kontraktor kerana peralatan dan tenaga kerja mencukupi.

“Kemajuan projek ini di bawah satu peratus akibat masalah tanah, sesuatu yang agak mengecewakan.

“Namun, ia bukan kerana kontraktor tiada mesin atau tenaga kerja, semuanya mencukupi.

“Cuma isu tanah yang menjadi punca kelewatan,” katanya ketika ditemui media selepas mendengar taklimat ringkas mengenai projek berkenaan di Jepak di sini, hari ini.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendengar taklimat kemajuan projek jalan raya berkembar Jambatan Kemena-Jalan Lapangan Terbang Bintulu di Jepak, Bintulu.

Menurut Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, projek itu dijadualkan siap pada Mei 2027 namun boleh disiapkan lebih awal sekiranya isu tanah berjaya ditangani segera.

Beliau menegaskan, Jabatan Tanah dan Survei sedang mempercepat proses pengambilan tanah bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan berjalan tanpa gangguan.

Katanya, kerajaan Sarawak komited memastikan projek itu berjalan lancar kerana ia penting untuk memperkukuh jaringan pengangkutan, memendekkan masa perjalanan ke Lapangan Terbang Bintulu serta menyokong pertumbuhan ekonomi daerah berkenaan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh bekalan air bersih melalui Stesen Pam Penggalak Tebelu
Next: Sarawak ambil langkah proaktif hadapi risiko banjir tidak menentu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.