Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan lebat berterusan, beberapa kawasan di Lutong dinaiki air
  • WILAYAH

Hujan lebat berterusan, beberapa kawasan di Lutong dinaiki air

Utusan Sarawak 11 hours ago
PANTAU… Anggota bomba menjalankan rondaan di kawasan berisiko banjir sekitar Lutong awal pagi tadi. Foto BBP Lutong

MIRI: Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan perumahan di kawasan Lutong dinaiki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah berkata pihaknya  yang menjalankan rondaan sekitar 1.30 pagi tadi melibatkan kawasan Kampung Senadin Jaya, Kampung Sealine, Jalan Lutong-Kuala Baram, Jalan Kampung Merikan, Perumahan Senadin Fasa 2 serta kawasan Desaras, Tudan.

PANTAU… Anggota bomba menjalankan rondaan di kawasan berisiko banjir sekitar Lutong awal pagi tadi. Foto BBP Lutong

“Hujan masih berterusan semasa rondaan dijalankan dan didapati jalan raya dari Batu 1 menuju Kuala Baram masih dinaiki air.

“Di Kampung Senadin Jaya dan Kampung Sealine, air turut melimpah ke atas jalan.

“Bberapa rumah di kawasan Desaras, Tudan juga dinaiki air akibat limpahan longkang berhampiran,” katanya di sini.

PANTAU… Anggota bomba menjalankan rondaan di kawasan berisiko banjir sekitar Lutong awal pagi tadi. Foto BBP Lutong

Sementara itu, seorang penduduk, Sylvester Bona, 42 berkata kejadian banjir kilat bukan pertama kali berlaku dan penduduk semakin bimbang kerana masalah banjir kilat semakin kerap.

“Kami sudah beberapa kali membuat aduan namun sehingga kini tiada penyelesaian jangka panjang.

“Setiap kali hujan lebat, kami terpaksa berjaga malam dan menyelamatkan barang-barang,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Belia luar bandar diperkasa melalui Kembara JOM 2.0 di Pakan
Next: Peruntukan RM150,000 naik taraf infrastruktur SJKC Chung Hua Batu 10

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.