Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 97 maut, lebih 4.4 juta terjejas banjir di Punjab, Pakistan
  • GLOBAL

97 maut, lebih 4.4 juta terjejas banjir di Punjab, Pakistan

Utusan Sarawak 9 hours ago
PENDUDUK kampung yang terjejas akibat banjir berjaya diselamatkan dan tiba di tempat selamat di Jalalpur Pirwala, daerah Multan di wilayah Punjab baru-baru ini. Foto AFP

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 97 orang maut, manakala lebih 4.4 juta lagi terjejas akibat banjir besar melanda wilayah Punjab, timur Pakistan, lapor Xinhua memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA).

Menurut PDMA pada Jumaat, banjir di Sungai Ravi, Sutlej dan Chenab telah menjejaskan lebih 4,500 kampung di seluruh wilayah itu.

Setakat ini, kira-kira 2.45 juta orang telah dipindahkan ke kawasan selamat. 

PENDUDUK kampung meredah banjir ketika mereka menuju ke tempat yang lebih selamat di Alipur, pekan dalam daerah Muzaffargarh di wilayah Punjab semalam. Foto AFP

Sebanyak 396 pusat pemindahan telah didirikan di daerah terjejas, manakala kira-kira 1.9 juta ternakan turut dipindahkan, menurut PDMA.

Di seluruh negara, hujan bermusim dan banjir sejak 26 Jun telah meragut sekurang-kurangnya 956 nyawa dan lebih 1,060 orang cedera, menurut statistik rasmi. 

Lebih 8,400 rumah musnah atau rosak, sementara lebih 6,500 ternakan turut terkorban di seluruh Pakistan.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Apple tangguh pelancaran iPhone Air di China akibat isu kawal selia eSIM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.