Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Eksklusif: Dari minat makan ‘jelly’, Sanddy Ngu ke pentas keusahawanan kreatif
  • INSPIRASI

Eksklusif: Dari minat makan ‘jelly’, Sanddy Ngu ke pentas keusahawanan kreatif

Utusan Sarawak 14 hours ago
SANDDY Ngu. Foto Norman B

KUCHING: Bermula daripada sekadar minat untuk menikmati keenakan ‘jelly’, Sanddy Ngu, 38, kini berdiri sebagai usahawan berjaya di sebalik jenama Cyndyhomemade (Jellynice), yang semakin mendapat tempat di hati pencinta pencuci mulut unik di Kuching.

Bekerja sebagai seorang Pengurus Akaun Wilayah sepenuh masa, siapa sangka beliau mampu mengimbangi kerjaya profesional dan dunia perniagaan yang penuh warna-warni. 

KENANGAN… Sanddy bersama para peserta kelas asas ketika bengkel pembuatan JellyCakes. Foto Norman B

Sejak Mei 2020, langkah berani Sanddy mencipta 3D JellyCakes telah membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

“Saya memilih ‘jelly’ kerana memang saya suka makan ‘jelly’. Dari minat itulah datangnya ilham untuk menjadikannya bisnes,” jelasnya dengan senyuman.

Keistimewaan Sanddy, beliau bukan sahaja pembuat 3D Jelly, malah merupakan salah seorang stokis untuk produk Jelly Alchemy yang membekalkan serbuk jelly dan peralatan khas.

ANTARA hasil tangan kreatif JellyCakes buatan Sanddy. Foto Norman B
 

Ini menjadikannya lebih mudah untuk berkarya dan sekali gus membuka peluang kepada orang lain untuk menceburi bidang yang sama.

Dorongan terbesar datang daripada insan tersayang  suami dan ibu mertua yang sentiasa berdiri di belakangnya.

“Tanpa mereka mungkin saya tidak sampai sejauh ini,” ujarnya penuh syukur.

ANTARA hasil tangan kreatif JellyCakes buatan Sanddy. Foto Norman B

Sambutan terhadap hasil tangannya terbukti amat menggalakkan kerana tidak ramai yang menghasilkan 3D Jelly di Kuching. Malah, sejak 2021 Sanddy memperluaskan pengaruhnya dengan menganjurkan kelas asas, bukan sahaja di Kuching tetapi juga menerusi siri jelajah ke Sibu, Miri dan Kota Kinabalu. Pengalaman itu menjadi antara kenangan manis yang sukar dilupakan.

Perjalanan ini tidak selalu indah kerana pernah juga beliau berhadapan detik pahit apabila tidak mampu memenuhi pesanan pelanggan kerana kekangan masa.

“Itu memang mengecewakan, tetapi saya anggap ia sebagai cabaran untuk menjadi lebih baik,” katanya.

ANTARA hasil tangan kreatif JellyCakes buatan Sanddy. Foto Norman B

Impian Sanddy kini lebih besar daripada sekadar menghasilkan kek ‘jelly’ di rumah. Beliau memasang cita-cita untuk memiliki studio sendiri, ruang khas bagi membangunkan empayar Cyndyhomemade (Jellynice) ke tahap lebih profesional.

Kreativiti, sokongan keluarga dan semangat yang tidak pernah luntur, tidak mustahil impian itu bakal menjadi kenyataan menjadikan Sanddy bukan sahaja pencinta ‘jelly’ tetapi ikon keusahawanan kreatif di Sarawak.

Oleh Norman B

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Pelajar OKU cemerlang STPM, jejak impian ke Unimas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.