Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gandingan China sekat hajat Pearly-Thinaah pertahan gelaran terbuka Hong Kong
  • SUKAN

Gandingan China sekat hajat Pearly-Thinaah pertahan gelaran terbuka Hong Kong

Utusan Sarawak 15 hours ago
BADMINTON... Impian beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah untuk mempertahankan gelaran juara tidak kesampaian apabila tersingkir pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025 di Hong Kong Coliseum hari ini.

KUALA LUMPUR: Impian beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah untuk mempertahankan gelaran juara tidak kesampaian apabila tersingkir pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025 di Hong Kong Coliseum hari ini.

Naib juara dunia itu gagal mengekang kehebatan gandingan China Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian selepas tunduk 14-21, 11-21 dalam tempoh hanya 35 minit.

Kekalahan itu menutup kempen Malaysia pada edisi kali ini selepas Pearly-Thinaah menjadi wakil tunggal skuad negara mara ke separuh akhir.

Thinaah berkata pukulan yang dilakukan beregu China itu menyukarkan mereka untuk mengikut rentak permainan.

“Banyak pukulan yang membuatkan kami lebih bertahan dan ketika itulah serangan lawan menjadi lebih menekan dan agak agresif. Jadi, saya rasa itu perkara yang perlu kami perbaiki dan juga lebih berwaspada,” katanya dalam rakaman audio yang dikongsi kepada media.

Sementara itu, Pearly berkata mental mereka agak rapuh ketika cuba mencari lebih banyak mata sewaktu mendahului, sekali gus menyebabkan mereka hilang fokus dan terlupa corak permainan sendiri.

“Pada satu ketika, fokus kami semakin menurun dan kami melakukan banyak kesilapan mudah serta mengikut rentak permainan lawan. Saya rasa, itu yang menyebabkan perlawanan berpihak kepada mereka,” katanya, sambil mengakui mereka perlu berehat beberapa hari sebelum menyambung latihan dan membuat persiapan menghadapi kejohanan seterusnya.

Sebagai rekod, Pearly-Thinaah muncul juara Terbuka Hong Kong 2024 selepas menundukkan Liu Shengshu-Tan Ning dari China 21-14, 21-14 pada pentas final.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: United terus beri kepercayaan kepada Bayindir, Lammens belum diturunkan
Next: Kejohanan Boling Antarabangsa Sarawak 2025 meriah, pentas bakat berkualiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.