Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ratu Sibu Jaya 2025 milik Michelle Demuny
  • Tengah
  • WILAYAH

Ratu Sibu Jaya 2025 milik Michelle Demuny

Utusan Sarawak 16 hours ago
TAHNIAH…Michelle Demuny dinobatkan sebagai juara Ratu Sibu Jaya 2025.

SIBU: Michelle Demuny, 19, dinobatkan sebagai juara Ratu Sibu Jaya 2025 pada Karnival Sibu Jaya yang berlangsung meriah di sini, malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan gadis manis dari Rumah Lawrance, Sungai Pasai Bon, Jalan Kemuyang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, bersama mahkaota, selempang dan jambangan bunga.

Menurut Michelle, gelaran yang diraih bukan sekadar mahkota, sebaliknya simbol perjalanan hidup yang menjadikannya lebih berani dan matang.

“Saya sangat gembira dan bangga dengan diri sendiri kerana tidak menyangka dapat menjadi juara. Kemenangan ini membuktikan bahawa usaha, doa dan keberanian tidak pernah sia-sia,” katanya kepada pemberita.

Bagi Michelle, gelaran itu juga datang bersama tanggungjawab besar untuk memperkenalkan keindahan budaya dan komuniti tempatan kepada orang ramai.

Katanya, warisan budaya seperti pakaian tradisional, tarian, makanan dan bahasa harus terus dihargai oleh generasi muda.

“Saya ingin memberi inspirasi kepada belia bahawa kecantikan bukan hanya pada rupa, tetapi juga pada hati, keyakinan dan usaha untuk menyumbang kepada masyarakat,” jelasnya.


Selepas kemenangan ini, Michelle berhasrat melibatkan diri dalam projek kebajikan untuk membantu belia mengejar impian, menyokong program pendidikan dan kesedaran kesihatan, selain terus mengangkat budaya setempat.

Beliau turut menaruh harapan agar Pertandingan Ratu Sibu Jaya akan kekal menjadi platform melahirkan bakat baharu, memperkasakan wanita muda, serta memartabatkan budaya masyarakat.

“Pesanan saya, jangan takut untuk mencuba. Setiap langkah, walaupun kecil, tetap membawa kita lebih dekat dengan impian. Percayalah pada diri sendiri, sentiasa berdoa, dan jangan mudah menyerah,” tambahnya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Penduduk Lawas digalak sertai ekonomi kecil sokong industri pelancongan
Next: Sarawak X-tive 2025 perkukuh gaya hidup sihat dan perpaduan masyarakat Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.