Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Keselamatan Sungai tekan larangan buang sampah
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Keselamatan Sungai tekan larangan buang sampah

Utusan Sarawak 18 hours ago
PERASMIAN… Dr Annuar menyempurnakan majlis perasmian Program Keselamatan Kebersihan Sungai di pangkalan feri simpang tiga, hari ini. Turut kelihatan ialah Ding.

SIBU: Program Keselamatan Kebersihan Sungai anjuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) memainkan peranan penting untuk menanam kesedaran kepada penduduk agar tidak membuang sampah ke dalam sungai.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, objektif utama program itu bukan sekadar membersihkan sungai, tetapi lebih kepada memberi peringatan kepada penduduk agar tidak membuang sampah ke dalam sungai.

“Walaupun kita tidak dapat membersihkan keseluruhan sungai pada hari ini, sekurang-kurangnya usaha ini membuka mata masyarakat, khususnya penduduk di Kampung Hilir dan Kampung Nangka supaya tidak membuang sampah ke dalam sungai. 

“Majlis Perbandaran Sibu sudah menyediakan perkhidmatan mengutip sampah, jadi lebih baik sampah dibungkus untuk dikutip berbanding dibuang ke dalam sungai,” jelasnya.

JAGA KEBERSIHAN SUNGAI…. Dr Annuar mengutip sampah pada Program Keselamatan Kebersihan Sungai di sekitar perairan Kampung Nangka dan Kampung Hilir, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program tersebut di pangkalan feri simpang tiga, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu menegaskan, sampah yang dibuang ke dalam sungai mengambil masa yang sangat lama untuk terurai, selain menjejaskan ekosistem dan mengurangkan kecantikan sungai.

“Lebih membimbangkan apabila kita mendapati masih banyak sampah terapung atau tersangkut di bawah rumah penduduk di kawasan kampung. 

“Selepas ini mungkin akan ada program susulan untuk memastikan sampah di bawah rumah dibersihkan secara berterusan,” katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa tempatan dan LSS dapat bekerjasama dalam memastikan kawasan sepanjang sungai sentiasa terpelihara.

Turut hadir ialah Kontroler LSS, Leftenan Kolonel (Bersara) Ding Tiew Wong serta yang lain.

Program tersebut turut disertai ahli masyarakat setempat termasuk pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak adakan Mesyuarat Penggunaan E-PG di Mahkamah Miri
Next: Utamakan keperluan rakyat luar bandar melalui projek infrastruktur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.