Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Tatau jadi acara dwitahunan, fokus kualiti dan perancangan lebih rapi
  • Utara
  • WILAYAH

Pesta Tatau jadi acara dwitahunan, fokus kualiti dan perancangan lebih rapi

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Sri John Sikie ditemui media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Regata Tatau sempena Pesta Tatau 2025 di Tatau, hari ini.

TATAU: Pesta Tatau tidak lagi dianjurkan setiap tahun, sebaliknya akan diadakan secara dwitahunan bermula tahun ini bagi memastikan perancangan lebih tersusun dengan pengisian program yang lebih mantap.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Pejabat Daerah Tatau, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta agensi berkaitan

“Kita telah bermesyuarat dan bersetuju bahawa mulai tahun ini Pesta Tatau akan dianjurkan secara dwitahunan atau dua tahun sekali.

“Jadi, penganjuran seterusnya adalah pada 2027.

DATO Sri John Sikie menyerahkan piala kepada pengurus pasukan yang menang dalam salah satu kategori pertandingan Regata Tatau sempena Pesta Tatau 2025 di Tatau, hari ini.

“Ini (keputusan) supaya kita dapat membuat perancangan yang lebih rapi, lebih baik dan diisi dengan program-program yang lebih berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Regata Tatau sempena Pesta Tatau 2025 di sini, hari ini.

Menurutnya, meskipun bakal diadakan secara dwitahunan, Pesta Tatau kekal sebagai platform penting dalam mempromosikan kebudayaan dan pelancongan Daerah Tatau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus turut memaklumkan, penganjuran tahun ini tetap meriah dengan pelbagai acara termasuk pertandingan bot laju yang akan berlangsung dari 13 hingga 15 September, membabitkan lebih 180 penyertaan dari seluruh Sarawak dan Brunei.

“Jadi, sesiapa peminat bot laju, datanglah ke Pesta Tatau tahun ini kerana saya difahamkan lebih 180 bot laju akan berentap di Tatau dalam tiga hari ini.

“Jadi, jom datang ke Pesta Tatau untuk menyaksikan pertandingan bot laju,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Kasihnya Warisan pertahan gelaran juara Regata Tatau 2025
Next: Armada 67 cemerlang pada penampilan sulung di Regata Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.