Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia lancar satelit Nusantara Lima untuk luaskan akses digital
  • GLOBAL

Indonesia lancar satelit Nusantara Lima untuk luaskan akses digital

Utusan Sarawak 22 hours ago
ROKET Falcon 9 milik SpaceX yang membawa satelit Nusantara Lima (N5) telah dilancarkan dari Cape Canaveral, Amerika Syarikat,. Foto: Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia.

JAKARTA: Indonesia melancarkan satelit Nusantara Lima dari Cape Canaveral, Amerika Syarikat, pada Khamis sekitar 7.00 malam waktu tempatan menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX, menurut Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital.

Satelit berkapasiti 160 gigabit sesaat (Gbps) itu, yang terbesar di Asia Tenggara, akan menduduki slot orbit strategik pada kedudukan 113° Timur, meliputi seluruh kepulauan Indonesia dan meningkatkan ketersambungan di wilayah timur.

Menteri Meutya Hafid berkata pelancaran itu bertujuan memastikan akses saksama kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang digital, sekali gus menjadi sebahagian penting dalam program transformasi digital Indonesia.

“Kanak-kanak di Maluku dan Papua akan mendapat akses pendidikan yang sama seperti di Jakarta, pesakit di pulau terpencil boleh berunding dengan doktor pakar, dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS) kita boleh bersaing secara digital,” katanya dalam kenyataan.

Nusantara Lima dimiliki PT Satelit Nusantara Lima, anak syarikat PT Pasifik Satelit Nusantara, dengan kerjasama Boeing Satellite Systems, Hughes Network Systems dan SpaceX.

Pelancaran ini menyusuli Palapa A1 pada 1976, Nusantara Satu pada 2019 dan SATRIA-1 pada 2023. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas Presiden Brazil Bolsonaro dihukum penjara lebih 27 tahun
Next: Bekas ketua hakim negara dilantik perdana menteri baharu Nepal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.