Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirAsia perluas rangkaian, lancarkan laluan baharu Kuching dan KL ke Pontianak, Indonesia
  • SEMASA

AirAsia perluas rangkaian, lancarkan laluan baharu Kuching dan KL ke Pontianak, Indonesia

Utusan Sarawak 2 days ago
PESAWAT AK1782 dari Pontianak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dan disambut dengan pancuran air sebagai simbolik pembukaan laluan baharu. Foto Amanda L

KUCHING: Penerbangan Pontianak-Kuching yang disambung semula selepas lima tahun diyakini mampu merancakkan industri pelancongan Sarawak, khususnya pelancongan perubatan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata, laluan itu akan membantu Sarawak mencapai sasaran lima juta pelawat pada tahun ini.

“Penerbangan ini memberi impak besar kepada industri pelancongan kita, terutamanya pelancongan perubatan. Sambutan sangat menggalakkan apabila penerbangan pagi ini penuh dan begitu juga penerbangan yang masuk ke Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Pembukaan Semula Laluan Pontianak-Kuching di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), hari ini.

KEDATANGAN para penumpang dari Pontianak disambut mesra oleh barisan tetamu kehormat dan pihak AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini. Foto Amanda L

AirAsia (kod penerbangan AK) melancarkan dua laluan terus baharu ke Pontianak dari Kuala Lumpur dan Kuching, sekali gus mengukuhkan rangkaiannya antara Malaysia dan Indonesia serta memperkukuh kesalinghubungan serantau dan pertumbuhan ekonomi.

Penerbangan AirAsia ini menandakan perkhidmatan antarabangsa pertama di Lapangan Terbang Supadio, Pontianak, selepas status antarabangsanya dibuka semula pada Jun 2025.

Menurut Snowdan, selain memudahkan pergerakan, laluan udara ini turut melengkapkan akses darat yang sebelum ini digunakan pelancong dari Indonesia untuk ke Sarawak.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Indonesia kerana membuka semula laluan berkenaan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Kita berharap kerjasama erat ini dapat diteruskan demi kepentingan pelancongan kedua-dua pihak,” tambahnya.

Oleh Amanda L

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sokongan Sarawak asas kestabilan politik negara – PM Anwar
Next: Penumpang sambut baik pembukaan laluan udara Pontianak-Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.