Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hanifah tinjau pelaksanaan IPR INTAN di Batang Ai
  • Tengah
  • WILAYAH

Hanifah tinjau pelaksanaan IPR INTAN di Batang Ai

Utusan Sarawak 13 hours ago
RAKAM KENANGAN… Dato Hanifah Hajar Taib bergambar kenangan bersama yang lain ketika meninjau pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) INTAN. Foto Hanifah Hajar Taib

LUBOK ANTU: Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib telah mengadakan lawatan kerja ke Batang Ai bagi meninjau pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) INTAN yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi setempat.

Dalam lawatan itu, beliau meninjau kawasan ternakan ikan tilapia utama yang diusahakan Borneo Eco Fish Sdn. Bhd., meliputi keseluruhan rantaian industri daripada ternakan, pembiakan, pemprosesan, pembungkusan hingga penyimpanan sejuk beku.

Hanifah menyambut baik usaha syarikat tersebut yang berjaya melaksanakan projek secara menyeluruh sekali gus memberi nilai tambah kepada industri perikanan.

“Program ini bukan sahaja mengangkat industri akuakultur, malah membuka peluang pekerjaan baharu kepada masyarakat setempat,” jelasnya. 

TINJAU…Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib meninjau pelaksanaan IRP INTAN dalam lawatan kerja beliau ke Batang Ai dekat sini semalam. Foto Hanifah Hajar Taib

Sehingga kini, seramai 20 peserta sudah menikmati pendapatan tetap melalui gaji bulanan hasil penglibatan dalam projek ini.

Beliau turut mengambil maklum cabaran dihadapi peserta termasuk aspek pemasaran, kos operasi dan prasarana.

Katanya, perkara tersebut akan diteliti bagi memastikan penambahbaikan program terus memberi manfaat lebih luas kepada rakyat.

“Inisiatif berkenaan seiring dengan agenda kerajaan memperkasa Ekonomi Biru dan Maritim, dengan memberi penekanan kepada aktiviti perikanan yang mampan dan berdaya saing,” katanya.

Menurut Hanifah, projek di Batang Ai diyakini mampu menjadi model akuakultur mampan yang bukan sahaja menjana pendapatan rakyat, malah mengangkat Malaysia sebagai hab maritim serantau berorientasikan kelestarian.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Laluan pendakian Bukit Kasut di Taman Negara Niah ditutup sementara
Next: PBB Dudong semarakkan semangat patriotik di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.