Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Umar Al-Faruq: Simbol ketakwaan dan kepimpinan Islam
  • RENCANA

Umar Al-Faruq: Simbol ketakwaan dan kepimpinan Islam

Utusan Sarawak 2 days ago
WARGA emas, Awang Yusof, 85, menjemur pucuk nipah untuk menghasilkan rokok daun ketika tinjauan di Kampung Paya Resak baru-baru ini. Walaupun usia sudah lanjut, Awang atau dikenali Pok Awang tetap gigih meneruskan usaha menghasilkan rokok daun nipah yang diusahakannya sejak 12 tahun lalu. Datuk kepada 16 cucu itu berkata, biarpun rokok daun kini kebanyakannya hanya popular dalam kalangan generasi lama, produk itu masih boleh memberinya pendapatan secara kecil-kecilan. Pokok nipah atau nama saintifiknya Nypa fruticans sememangnya tumbuhan serbaguna dan menjadi sumber rezeki kepada penduduk kampung sejak dahulu. Selain digunakan untuk menghasilkan rokok daun, pokok nipah juga boleh dijadikan atap, lidi, air nira dan barangan anyaman. Foto BERNAMA

KHALIFAH Umar ibn al-Khattab RA digelar sebagai al-Faruq kerana mampu membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

Beliau terkenal dengan sifat ketakwaan, keberanian dan kepimpinan yang adil sehingga menjadi teladan sepanjang zaman.

Keperibadian Umar bukan sahaja menonjol dalam ketegasannya menegakkan hukum Allah SWT, tetapi juga dalam kelembutan hatinya ketika mengurus umat Islam dengan penuh rasa tanggungjawab.

Sebagaimana firman Allah SWT yang menegaskan kepentingan takwa sebagai asas kepimpinan: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.” (surah al-Hujurat ayat 13) 

Malah, ketakwaan umar RA terserlah dalam setiap aspek kehidupannya. Beliau merupakan seorang yang sangat menjaga hubungannya dengan Allah SWT.

Dalam riwayat, Umar sering menangis ketika membaca al-Quran kerana hatinya yang lembut dan penuh rasa takut kepada Allah SWT. Pernah diriwayatkan, apabila beliau membaca ayat tentang azab, tubuhnya menggigil hingga jatuh sakit beberapa hari.

Rasulullah SAW bersabda: “Jika syaitan melalui jalan, nescaya ia akan memilih jalan lain yang dilalui Umar.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Selain itu, ketakwaan Umar juga terserlah melalui sifat zuhudnya. Walaupun menjadi khalifah yang memimpin wilayah Islam luas dari Madinah hingga ke Parsi dan Rom, Umar tetap hidup sederhana.

Pakaian beliau bertampal, makanan beliau hanya roti kasar, dan beliau sering tidur di atas tanah tanpa tilam empuk.

Kesederhanaan ini bukan kelemahan, sebaliknya bukti ketinggian takwa yang menjadikan beliau tidak terpedaya dengan kemewahan dunia.

Bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 185 yang bermaksud: “Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya.”

Umar RA memahami hakikat ayat ini, lalu menjadikan dunia sebagai alat untuk mencapai redha Allah SWT, bukan tujuan utama kehidupan. 

KEADILAN YANG MENJADI LEGASI 

Kepimpinan Umar al-Faruq sangat menekankan prinsip keadilan dan kesejahteraan rakyat. Beliau memerintah dengan penuh rasa tanggungjawab kerana menyedari kepimpinan adalah amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah SAW: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini benar-benar dihayati oleh Umar. Beliau sering berkata: “Jika seekor keldai terjatuh di Iraq, aku takut Allah SWT akan menyoalku, mengapa aku tidak menyediakan jalan yang baikuntuknya.” Kata-kata ini menggambarkan betapa tingginya rasa tanggungjawab beliau terhadap rakyat. 

Antara contoh keadilan Umar yang terkenal ialah ketika seorang gabenor mengadu mengenai seorang lelaki yang enggan tunduk kepadanya. Umar segera menegur dengan kata-kata tegas: “Sejak bila kamu memperhambakan manusia, sedangkan mereka dilahirkan oleh ibu mereka dalam keadaan bebas?” Prinsip ini menunjukkan Umar menolak segala bentuk penindasan dan kezaliman.

Justeru, kehidupan Umar al-Faruq RA membuktikan bahawa ketakwaan adalah asas utama dalam kepimpinan.

Beliau menunjukkan bahawa seorang pemimpin bukan sahaja perlu tegas, tetapi juga perlu berhati lembut, adil, zuhud, dan sentiasa takut kepada Allah SWT.

Keteguhan takwanya menjadikan beliau disegani syaitan, sementara keadilannya menjadikan rakyat hidup makmur dan tenteram.

Umar al-Faruq adalah simbol bagaimana iman dan taqwa melahirkan kepimpinan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Umat Islam hari ini wajar meneladani Umar, kerana hanya dengan menjadikan taqwa sebagai teras kehidupan, kita mampu membina masyarakat yang adil, aman, dan dirahmati Allah SWT.


Kecintaan Saidina Umar RA terhadap Rasulullah SAW

WALAUPUN sebelum memeluk Islam Saidina Umar bin Al Khattab pernah berniat untuk membunuh Rasulullah SAW namun setelah memeluk Islam, baginda merupakan orang yang paling dicintainya.

Abdullah bin Hisyam telah menceritakan, “Kami pernah bersama Nabi yang mana pada ketika itu baginda sedang merangkul tangan Umar bin Khattab. Kemudian Umar berkata “Wahai Rasulullah sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu selain diriku sendiri”. Nabi bersabda, “Tidak. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, hingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri”. Umar pun berkata, “Demi Allah SWT, sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri”. Baginda bersabda, “Sekarang, (baru benar) wahai Umar” (Riwayat Bukhari)

Rasa kasih dan sayang yang begitu tinggi terhadap Rasulullah SAW menyebabkan Saidina Umar bin Al Khattab sentiasa menjadi pembela Rasulullah SAW.

Pernah suatu ketika seorang tokoh Yahudi bernama Zaid bin Sa’nah mendatangi Rasulullah SAW untuk menuntut hutang setelah tempoh pembayaran hutang tersebut telah sampai.

Beliau mencekak baju Rasulullah SAW lalu beliau berkata dengan kasar, “Wahai Muhammad, berikanlah hak aku. Demi Allah SWT, aku tidak tahu bahawa Bani Muthalib adalah kaum yang suka melengah-lengahkan pembayaran hutang!”. Pada ketika itu, para sahabat ada di samping Rasulullah SAW. 

Salah seorang daripada mereka ialah Saidina Umar bin Al Khattab. Melihat perbuatan biadap Zaid bin Sa’nah itu, Saidina Umar bin Al Khattab berasa sangat marah lalu beliau membeliakkan matanya menatap wajah Zaid bin Sa’nah dari dekat.

Kemudian Saidina Umar bin Al Khattab berkata kepadanya, “Wahai musuh Allah SWT , berani engkau mengatakan seperti itu kepada Rasulullah SAW? Demi Zat Yang Mengutuskannya dengan membawa kebenaran, kalau tidak kerana aku menjaga diri dari dikecam olehnya, nescaya sudah pasti aku penggal kepalamu!”.

Kecintaan Saidina Umar bin Al Khattab kepada Rasulullah SAW bukan sahaja terserlah semasa hidup baginda, namun setelah baginda wafat, kecintaan beliau terhadap baginda terus dizahirkan dengan nyata.

Abdullah bin Abbas pernah meriwayatkan berkenaan sebuah peristiwa yang terjadi ketika zaman kekhalifahan Saidina Umar bin Al Khattab.

Beliau berkata, “Abbas bin Abdul Muthalib memiliki saluran air yang melintasi jalan yang biasa dilalui Saidina Umar bin Al Khattab.

Suatu hari Saidina Umar bin Al Khattab telah berpakaian rapi hendak pergi ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat.

Pada waktu yang sama, Abbas sedang menyembelih dua ekor burung di rumahnya.

Apabila beliau menjirus air ke dalam bekas yang mana burung tersebut disembelih, air basuhan tersebut mengalir ke saluran air tersebut lalu terkena Saidina Umar bin Al Khattab.

Maka Saidina Umar bin Al Khattab pun memerintahkan agar saluran air itu dipindahkan.

Kemudian dia kembali ke rumahnya untuk menggantikan pakaian dan beliau pergi semula ke masjid untuk mengimami solat Jumaat.

Setelah selesai solat, Abbas pun mendatangi Saidina Umar bin Al Khattab lalu beliau berkata kepadanya, “Demi Allah, tempat saluran air itu merupakan tempat yang dipilih oleh Rasulullah SAW”. Mendengar kata-kata Abbas itu, maka Umar pun berkata, “Jika begitu, engkau harus naik ke atas punggung aku untuk meletakkan kembali saluran air itu ke tempat yang telah ditentukan Rasulullah SAW”. Maka Abbas pun melakukannya”.

Hanzalah Azman

Continue Reading

Previous: Puncak Tajur Rambung tarikan baharu eko-pelancongan di Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.