Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan Persekutuan faham masalah mobiliti penduduk utara Sarawak
  • SEMASA

Kerajaan Persekutuan faham masalah mobiliti penduduk utara Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat peta replika semasa Majlis Peluncuran SSLR2. Foto Jabatan Penerangan

LIMBANG: Projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) bakal mengubah landskap kehidupan rakyat di utara Sarawak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata Kerajaan Persekutuan memahami kesukaran mobiliti penduduk utara Sarawak, terutamanya dalam aspek akses kepada jalan raya lebih baik.

Katanya, faktor geografi di kawasan itu juga menjadi cabaran untuk melaksanakan projek tertentu, yang boleh membuatkan kos sesuatu projek menjadi lebih tinggi.

“Tadi saya naik helikopter dari Miri ke Limbang dan perlu melalui negara Brunei. Saya faham betapa sukarnya buat penduduk di kawasan ini.

“Semasa menaiki helikopter saya dapat melihat kawasan berbukit-bukau yang tinggi, sebab itu kos (melaksanakan projek) lebih tinggi (di sini) dan memerlukan dana besar,” katanya semasa berucap pada majlis peluncuran projek SSLR Fasa 2 di Nanga Medamit di sini, hari ini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis peluncuran projek SSLR Fasa 2 di Nanga Medamit di sini, hari ini. Foto Jabatan Penerangan

Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof dan Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Projek SSLR Fasa 2 dijangka siap pada tahun 2029 melibatkan anggaran kos RM7.6 bilion.

Projek sepanjang 335 kilometer itu, akan menghubungkan kawasan Mulu, Nanga Medamit (Limbang), Long Luping (Lawas) serta Ba’kelalan.

Projek tersebut merangkumi pembinaan jalan raya, jambatan, jejambat, lampu jalan dan sistem perparitan.

Bagi laluan SSLR , projek ini akan menghubungkan Long Luping merentasi Ba’kelalan di sempadan Indonesia ke Limbang melalui Nanga Medamit hingga ke Mulu yang dibahagikan kepada 4 pakej utama iaitu Pakej 1 menghubungkan Mulu ke Long Seridan(63.5km), Pakej 2 melibatkan Long Seridan ke Nanga Medamit(108.8 km), Pekaj 3 melibatkan Long Luping ke Long Komap, Ba’Kelalan(63.0 km) dan Pakej 4 dari Rumah Aling ke Long Luping(99.7 km).

SSLR Fasa 2 merupakan kesinambungan kepada SSLR Fasa 1 bermula dari Lawas ke Long Luping yang dimulakan pada 2021 dan kini telah mencapai kemajuan pelaksanaan sebanyak 57.6 peratus.

Anwar yang mendapat sambutan hangat penduduk di Nanga Medamit turut meluluskan projek klinik kesihatan Nanga Medamit ke tapak baru.

Malah beliau yang menggunakan helikopter dan mendarat di padang Sekolah Menengan Kebangsaan(SMK) Medamit turut mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk SMK Medamit.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Family Hubs jadi inspirasi Sarawak bangun sistem sokongan keluarga bersepadu
Next: Tiga wilayah Borneo dihubungkan melalui rangkaian jalan raya – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.