Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sistem masa bakal diuji November ini
  • SUKAN

Sistem masa bakal diuji November ini

Utusan Sarawak 2 days ago


KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meluluskan peraturan baharu sistem masa yang bertujuan untuk melancarkan tempoh permainan dalam kejohanan mulai tahun hadapan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan BWF,  inisiatif berkenaan yang diluluskan pada mesyuarat Majlis BWF pada 29 Ogos itu akan mula diuji bermula 18 hingga 23 November. 

Menerusi sistem baharu itu, pemain diberi tempoh senggang 25 saat selepas sesuatu aksi rali dan kiraan masa bermula sebaik sahaja pengadil mengumumkan mata.

“Pemain yang memegang servis perlu bersedia sebelum masa tamat dan pemain yang bakal menerima servis perlu bersiap sebaik saja pemain yang memulakan servis sudah berada pada kedudukan. 

“Pengadil masih mempunyai kuasa untuk melanjutkan tempoh senggang itu dalam keadaan tertentu, seperti isu perubatan atau masalah gelanggang.

“Pemain dibenarkan mengelap peluh, minum atau memakai semburan otot dalam tempoh 25 saat itu,” menurut kenyataan berkenaan.

Inisiatif itu dibuat selepas data menunjukkan purata senggang antara rali mencecah 22 saat, berbanding hanya sembilan saat pada aksi permainan sebenar.

BWF percaya peraturan berkenaan akan memberikan keseimbangan yang adil antara masa berehat sambil mengekalkan kerancakan permainan. 

Ujian awal peraturan itu telah pun dilaksanakan untuk pemain dan pegawai menyaksikan sendiri  keberkesanannya, serta lebih banyak ujian bakal menyusul.

BWF turut mempelawa ahli persatuan untuk menjalankan ujian sendiri dan memberi maklum balas melalui tinjauan dalam talian yang akan berakhir pada 19 September.– Bernama

Continue Reading

Previous: Larian Malaysia Tatau eratkan masyarakat sempena HKHM 2025
Next: Terbuka Hong Kong: Jun Hao mara ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.