Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Uruguay, Colombia antara lima pasukan baharu disahkan ke Piala Dunia 2026
  • SUKAN

Uruguay, Colombia antara lima pasukan baharu disahkan ke Piala Dunia 2026

Utusan Sarawak 2 days ago

JURULATIH Colombia dari Honduras, Reinaldo Rueda bercakap dengan ketua jurulatih Chile dari Nicaragua, Marco Antonio Figueroa semasa perlawanan bola sepak kelayakan Concacaf Piala Dunia FIFA 2026 antara Honduras dan Nicaragua di Stadium Nasional Chelato Ucles di Tegucigalpa pada selasa lalu. Foto AFP

BERLIN: dan Colombia antara lima pasukan kebangsaan yang mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia 2026 sepanjang aksi antarabangsa bulan September, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Uruguay, selaku tuan rumah dan juara edisi pertama kejohanan pada 1930, layak selepas menewaskan Peru 3-0 pada Khamis. Colombia, yang terlepas Piala Dunia 2022 di Qatar, menempah tiket selepas menundukkan Bolivia 3-0.

Paraguay pula akan membuat penampilan semula di Piala Dunia selepas kali terakhir pada 2010, apabila seri 0-0 dengan Ecuador yang sudah memadai baginya untuk menduduki tempat keenam sekali gus meraih slot terakhir kelayakan terus Zon Amerika Selatan.

Dua wakil Afrika yang turut mara ialah Maghribi dan Tunisia, kedua-duanya pernah beraksi pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

PENYERANG Portugal #07 Cristiano Ronaldo menendang bola melepasi pemain tengah Hungary #07 Loic Nego semasa perlawanan bola sepak kumpulan F zon Eropah kelayakan Piala Dunia 2026 antara Hungary dan Portugal pada 9 September 2025 di Budapest, Hungary. Foto AFP

Maghribi mengesahkan kemenangan Kumpulan E kelayakan Afrika selepas menewaskan Zambia 2-0 pada Isnin, manakala Tunisia menjuarai Kumpulan H selepas menewaskan  Guinea Khatulistiwa 1-0.

Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada sebelum ini sudah layak secara automatik selaku tuan rumah bersama.

Negara lain yang telah mengesahkan tempat lebih awal ialah juara dunia Argentina, Brazil, Jepun, New Zealand, Iran, Uzbekistan, Korea Selatan, Australia, Jordan dan Ecuador.

Bolivia pula mara ke perlawanan penentuan antara konfederasi. Satu lagi pasukan yang sudah layak setakat ini ialah New Caledonia.

Piala Dunia 2026 akan bermula pada 11 Jun dan perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 19 Julai di New York.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: MSN mahu Umar manfaat kejohanan dunia, catat masa lebih baik
Next: Pearly-Thinaah raih tempat di suku akhir Terbuka Hong Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.