Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Surau Darul Fattah Kampung Nangka bakal dinaik taraf di bawah projek RTP
  • Tengah
  • WILAYAH

Surau Darul Fattah Kampung Nangka bakal dinaik taraf di bawah projek RTP

Utusan Sarawak 23 hours ago

DR ANNUAR berbincang tentang projek naik taraf Surau Darul Fattah di Kampung Nangka.

SIBU: Surau Darul Fattah di Kampung Nangka bakal berwajah baharu melalui projek naik taraf sepenuhnya di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dijalankan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, kerja-kerja naik taraf tersebut melibatkan bumbung, dinding, lantai, tandas, tangga serta pendawaian elektrik.

“Projek ini dijangka mengambil masa dan mungkin berlanjutan hingga Ramadan. Oleh itu, kita telah bersetuju supaya jemaah menunaikan solat di surau berhampiran yang terletak sekitar 200 hingga 300 meter dari sini (seberang jalan).

“Ini adalah demi keselamatan dan kelancaran kerja naik taraf kerana ia bukan sekadar mengecat atau menukar dinding, sebaliknya melibatkan naik taraf sepenuhnya,” katanya.

DR ANNUAR melawat keadaan Surau Darul Fattah di Kampung Nangka.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut menasihatkan orang ramai agar memastikan tanah yang diwakafkan untuk pembinaan surau atau masjid didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam.

“Prosesnya ialah semua tanah wakaf mesti menjadi milik Majlis Agama Islam. Mungkin proses mengambil masa, namun yang penting ialah persetujuan pemilik tanah untuk menyerahkan sebagai wakaf. 

“Lafaz akan dibuat di Jabatan Agama Islam, kemudian majlis akan berhubung dengan Jabatan Tanah dan Survei untuk mewartakan ia sebagai lot wakaf,” jelasnya.

Menurut beliau, langkah ini penting bagi mengelakkan pertikaian sekiranya pemilik tanah meninggal dunia sebelum proses pewartaan selesai.

“Sebagai contoh, jika pemilik tanah sudah berniat mewakafkan tanah untuk surau atau masjid tetapi meninggal dunia sebelum selesai urusan, tanah itu mungkin dituntut oleh ahli keluarga lain kerana mereka tidak mengetahui hasrat sebenar pemilik,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Beberapa klinik dan kemudahan kesihatan di Betong dinaik taraf, pusat dialisis akan dibina
Next: Lelaki hilang selepas bot ekspres bertembung kapal kargo di perairan Tanjung Kunyit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.