Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Din Search yakin Pasya mampu galas tanggungjawab volalis baharu
  • HIBURAN

Din Search yakin Pasya mampu galas tanggungjawab volalis baharu

Utusan Sarawak 2 days ago

KUMPULAN Search dan XPDC pada sidang media mengenai konsert Fenomena Samurai di sini, baru-baru ini. Pasya membuktikan dirinya bukan sekadar penyanyi biasa selepas dipilih menjadi vokalis baharu kumpulan rock legenda Search. Pemain gitar utama Search, Noordin Mohd Taib atau Din, 62, berkata pemilihan Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraff Fauzi, dibuat berdasarkan kualiti vokal, stamina dan kesediaannya untuk bekerjasama dengan ahli lain. Sementara itu, Pasya, 31, yang sebelum ini aktif “busking’, berkata konsert Fenomena Samurai di Sarawak pada 13 Dis depan akan menjadi persembahan keduanya bersama-sama dengan Search selepas debut di Pulau Pinang pada Disember lalu. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Pasya membuktikan dirinya bukan sekadar penyanyi biasa selepas dipilih menjadi vokalis baharu kumpulan rock legenda Search.

Pemain gitar utama Search, Noordin Mohd Taib atau Din, 62, berkata pemilihan Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraff Fauzi, dibuat berdasarkan kualiti vokal, stamina dan kesediaannya untuk bekerjasama dengan ahli lain.

“Pasya sudah biasa menyanyi dan mempunyai banyak pendedahan termasuk melalui program Mentor, sekali gus memberinya pengalaman dalam aspek persembahan dan kawalan vokal.

“Kami pula bukan lagi sebuah band baharu yang sedang mencari arah, jadi apabila ada penyanyi yang sesuai dan berpengalaman seperti Pasya, kami beri peluang, malah kami sendiri juga mahu belajar sesuatu daripada kehadirannya,” katanya pada sidang media mengenai konsert Fenomena Samurai di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Pasya, 31, yang sebelum ini aktif “busking’, berkata konsert Fenomena Samurai di Sarawak pada 13 Dis depan akan menjadi persembahan keduanya bersama-sama dengan Search selepas debut di Pulau Pinang pada Disember lalu.

Beliau berkata pengalaman pada konsert lepas banyak membantunya memahami rentak muzik Search sekali gus memberi keyakinan kepadanya beraksi di pentas berskala besar.

“Alhamdulillah, selepas konsert di Pulau Pinang saya lebih yakin dan selesa bergandingan dengan mereka. Jadi saya percaya persembahan di Kuching nanti akan tampil lebih bertenaga,” katanya.

Ditanya sama ada beliau berasa tertekan apabila menyanyi bersama-sama dengan  kumpulan yang dianggotai pemuzik “otai”, Pasya mengakui ia pengalaman berbeza yang memerlukan penyesuaian, terutama dari segi padanan vokal dengan muzik Search.

“Memang berbeza apabila ‘busking’ dengan pentas besar bersama-sama kumpulan legenda, jadi saya perlu pandai menyesuaikan diri dengan muzik mereka, namun dengan sokongan pasukan serta sistem bunyi yang baik, persembahan dapat disampaikan dengan lebih meyakinkan,” katanya.

Sebelum ini, posisi vokalis Search pernah diterajui Datuk Amy selain beberapa vokalis undangan lain antaranya Amir Masdi dan penyanyi Indonesia, Denden Gonjales sebelum kumpulan itu memilih Pasya sebagai wajah baharu.

Konsert Fenomena Samurai bakal menyaksikan Search bergabung dengan XPDC dalam satu persembahan berskala besar di Stadium Sarawak pada 13 Dis depan, sekali gus memberi peluang peminat rock di Borneo menyaksikan dua legenda tanah air berkongsi pentas.– Bernama

Continue Reading

Previous: Yoga, pilates kunci tenaga Inul Daratista
Next: Nadeera Zaini terharu, bangga wakili negara ke ABU tv Song Festival  di Mongolia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.